Wednesday, 18 November 2015

Permohonan Visa ke China

Assalamualaikum dan hai!

Aku baru je settle buat visa. Sekarang aku kena tunggu untuk collection sahaja.  Insyaallah aku akan menjejak kaki ke China buat pertama kalinya bulan depan dengan family. Kira end year trip untuk 2015. Penutup untuk tahun ni. Alhamdulillah. Thanks kepada mak ayah yang sedaya upaya untuk menggembirakan aku dan adik2. Adik-adik aku beruntung muda-muda dah diberi kesenangan. Kalau tak appreciate aku tak tahu la nak kata pa dah huhu.

Nak masuk China ni kena ada visa ye. Macam mana nak buat visa ni? Aku suggestkan korang bersusah la dulu sebelum bersenang kemudian. Dimana kalau boleh buat sendiri korang usahakanlah sebab kalau agent yang buat konfem diorang akan markup sampai 50%. Serius tak tipu! 

Yang pasti korang kena refer kat laman web "visaforchina". Dan aku rasa better korang bukak guna Internet Explorer. Banyak membantu aku untuk setelkan visa ni. Semua info updated and anything korang boleh terus direct call je.:)


Apa yang korang perlu bawak? Tengok dan buat betul-betul ok!

1. Klik Chinese Visa Application Form untuk download and print out. Isi manual pun boleh.

2. Sediakan satu (1) gambar berukuran passport (48mm x 33mm). Berlatarbelakangkan warna cerah,aku prefer putih. Yang biru aku tak sure boleh ke tak. Kalau tak sure korang cakap je kat kedai tu nak buat visa pergi china.

3. Passport. Aah passport yang warna merah tu.

4. Salinan muka depan passport. Yang ada muka dan detail korang tu.:)

5. Tiket flight yang telah confirmed!. Ini yang paling penting. 

Mesti ada yang tertanya-tanya sama ada hotel booking perlu ke tidak??

Tidak. Aku sendiri telah tanya dengan visa center ni. Diorang sendiri kata tidak perlu jika sudah ada flight ticket. So korang tak per rushing2 book hotel ke apa ye. Aku pergi buat benda alah ni tak sampai sejam pun. Harga bagi single entry ialah RM88.30/pax. Visa akan siap dalam 4 hari bekerja. 

Bawah ni alamat yang korang kena submit form:-

Level 5 & 6, Hamsphire Place Office, Jalan Mayang Saru, 50450 Kuala Lumpur

Business Hours: 
Monday - Friday. Closed in saturdays, Sundays and Public Holidays.
Submission of application: 9:00 - 15:00
Payment and Collection: 9:00 - 16:00

Nak buat visa china ni sangat easy and convenient. Berbanding visa India, antara kelebihan/kesenangan yang aku nampak:

1. Seorang wakil sudah memadai. Macam kes aku ni, aku wakilkan family aku yang ada kat Ipoh tu untuk buat visa ni. Tak bersesak-sesak ramai macam visa india.

2. Dekat dengan LRT Ampang. 

3. Kaunter banyak dan proses berjalan dengan cepat

Yang paling penting tidak cerewet macam nak buat visa India!

So aku rasa tu je perkongsian ilmu yang aku nak share. Semoga bermanfaat pada yang bercadang untuk ke China. Buat satu-satu dan jangan stress okay. Aku pun nak terus survey apa yang menarik kat Hangzhou nanti! Tunggu next entry aku ye:)

Step 1 - Flight ticket, done!
Step 2 - Visa, done!

Till then, 
Assalamualaikum:)





No comments: