Assalamualaikum. Hai semua!
Lama da aku tak jenguk blog ni. Bukan senang nak menaip kalau lepas balik cuti panjang. Kerja kat office tu menggunung tinggi menunggu. Tapi macam mana pun aku akan curi-curi masa jugak.Tak expect pun dapat pergi hujung tahun haritu sebab semuanya last minit. Dengan busy kat office, mak ayah pun sibuk dengan wedding kakak, tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. So lets start the journey..
Antara bekal yang aku bawak. Pelbagai jenis Brahim untuk 5 orang. Tapi tak habis pun. Sambal hitam my favourite. Tu la kedai yang jual Brahim. Kecik je. Alamat as follow:-
Dewina Food Industries Sdn Bhd
Lot 9 & 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Jalan P/9b, Kawasan Perindustrian Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
China. Well previous entry pun aku da cakap pasal visa kan. Satu family aku pergi kecuali pengantin barulah hehe. Flight dibook 2 bulan sebelum dan semua urusan hotel dan aktiviti atas persetujuan bersama (aku + ayah). Harap adik-adik aku memang tak la.Mom as usual my sweet banker.HAHA! Ktorang decide tak ambil mana-mana agent sebab mahal dan tidak menepati citarasa kot.
Without Oun.
Sebelum aku sampai sini pun ramai dah orang cakap:-
"U betul ke nak pergi China without agent? situ manyak tipu wo"
"Diorang tak pandai cakap English tau"
Bla bla bla. Huhhh. Mula-mula aku gabra jugak tau, serius cuak tetiba. Tapi aku teruskan jugak. Flight memakan masa dalam 5 jam. Tiba di Hangzhou Xioshan International Airport lebih kurang jam 1025 malam. Hujan renyai-renyai. Sampai je memang ktorang hampir kena kencing(tipu), banyak ulat-ulat teksi offer. So korang bear in mind. Jangan cepat tertipu.
Ini ialah stand ruangan untuk menunggu teksi. Ingat ye. Kalau korang nak naik teksi amik yang bewarna hijau ni. Ini ialah teksi yang berdaftar dan pakai meter.
Masa ni angin berderu sampai ke tulang rasa padahal baru 8 degree. Hujan renyai-renyai. Check in 2 bilik di Bokai Boutique Westlake Hotel untuk 3 hari 2 malam kat sini. Semua aku dah book di agoda.com. A little bit pricey sebab consider strategik di tengah bandar dan dekat jugak dengan West Lake. Most important, tips: Sila print atau tulis nama hotel, alamat dalam chinese word atau seeloknya print la map.
Ini single bed. Besar. Boleh tidur 2 orang la.
Belakang tv ni ada satu lagi katil single. Ini ialah bilik untuk 3 orang. Besar dan selesa walaupun hanya 3 star.
Lengkap dengan pc yang boleh digunakan.
Bilik air jugak bersih, comel2 je. All in la hotel ni.
Pagi pertama di bandar Hangzhou. Cantikkkk. Bersih. Nyaman. Mapple leaves bersepah depan hotel. Dah ready nak layan gambar? HAHA. Sambil tu aku akan cerita okayy. Memandangkan trip kali ni fokus hanya di Hangzhou dan Huangshan, masa banyak dihabiskan di Hangzhou. So untuk entry untuk kali ni aku akan kongsikan semua yang berkaitan Hangzhou dahulu.
Hotel view from our hotel.
Haa tu lah hotel ktorang. Hotel ni quite famous among Malaysian sebab ada jumpa chinese dari Melaka.
Morning walk to West Lake. Masa ni pun refer pada map yang sedia ada je yang mana aku dah siap-siap bawak dari KL. Korang boleh print map hangzhou city ni kat google je.
Dari hotel ke WL. Dalam 20 minit. Kalau sewa basikal dalam 5 minit je. Line merah tu ialah laluan metro kat sini.
Dari hotel ke WL. Dalam 20 minit. Kalau sewa basikal dalam 5 minit je. Line merah tu ialah laluan metro kat sini.
West Lake tu refer perkataan Cina yang first tu.hehe:). Ini adalah pedestrian subway yang ada kat Hangzhou ni. Bicycle cannot pass thru dis subway ye. Impressed jugak sebab kejap je dah sampai seberang.
Bicyle untuk disewa. Nak naik bicycle hujan pulak. So tangguh la niat tu.
Subhannallah. Cantik sangat. Dapat tengok suasana yang lain dari negaraku.huhu. Ada sebab kenapa semua pokok dicat separuh putih.
Masa jalan-jalan kat WL ni, banyak jugak student sana datang buat assignment. Ni la antara salah satunya. Diorang kena cari foreigner/tourist untuk cakap chinese.
Esaited sebab first time jumpa daun mapple ni. Ada jugak aku amik bawak balik tapi cepat kering.
Sewa basikal dalam Y10 per hour setiap satu. Ktorang amik dulu 2 jam. Da macam nak persi sekolah mak aku tu.haha!
Tadaaa! Antara laluan basikal dan motor. Moto diorang pun yang jenis pakai bateri tu ye. Memang mengurangkan pencemaran betul bandar ni. Jangan risau sebab mostly orang kat sini memang menunggang basikal. Kira macam pengangkutan utama diorang kat sini. Oh btw shawl tu materialnya dari sutera, Y29. Aku rembat masa shopping kat Hefang Street.
Cute kan basikal diorang. Da sampai WL ni tak boleh bawak masuk dalam. Kalau nak pusing korang kena ikut jalan besar.
Leifeng Pagoda juga antara attraction kat WL ni. Aku tak naik pun sebab masa tu kabus dan kena bayar. Lotus tu kalau musim panas cantik la. Gambar tiket tu ialah mini bas yang ktorang naik untuk keliling satu tasik ni. Harga Y30 seorang.
Family first:)
Aku terpaksa buat collage kalau tak penuh entry aku dengan gambar je haha. Gambar ni aku ambil masa 2 hari sebelum balik Malaysia. Nampak kan beza pemandangan masa winter dan matahari ada. Gambar last tu ialah boat yang ktorang naik untuk keliling WL tu. Spot masa ni ialah "Three Pools mirroring the Moon".
Ala-ala cruise macam kat Putrajaya tu. Korang boleh duduk dalam ataupun hirup udara sejuk kat luar tu. hehe. Tingkap pun boleh buka jugak. Selesa dan bersih. Harga Y55 seorang.
Memang kena naik pengangkutan air untuk pergi ke sini.
Hangzhou city from far.
Nampak tak pools tu.
Sebenarnya korang boleh teruskan perjalanan untuk ke tempat-tempat lain dan boleh jugak balik ke darat.
Untuk keliling tasik-tasik dlam WL ni, korang ada banyak pilihan, either nak naik sampan ke boat ke etc. Cuma kalau naik sampan macam di atas ni aku tak tahu la bapa lama nak sampai.kihkih
Ni la antara aktiviti pagi makcik pakcik kat sini. Sampai ktorang pun diorang ajak berjoget sekali.
Leifeng Pagoda juga antara attraction kat WL ni. Aku tak naik pun sebab masa tu kabus dan kena bayar. Lotus tu kalau musim panas cantik la. Gambar tiket tu ialah mini bas yang ktorang naik untuk keliling satu tasik ni. Harga Y30 seorang.
Family first:)
Aku terpaksa buat collage kalau tak penuh entry aku dengan gambar je haha. Gambar ni aku ambil masa 2 hari sebelum balik Malaysia. Nampak kan beza pemandangan masa winter dan matahari ada. Gambar last tu ialah boat yang ktorang naik untuk keliling WL tu. Spot masa ni ialah "Three Pools mirroring the Moon".
Ala-ala cruise macam kat Putrajaya tu. Korang boleh duduk dalam ataupun hirup udara sejuk kat luar tu. hehe. Tingkap pun boleh buka jugak. Selesa dan bersih. Harga Y55 seorang.
Memang kena naik pengangkutan air untuk pergi ke sini.
Hangzhou city from far.
Nampak tak pools tu.
Sebenarnya korang boleh teruskan perjalanan untuk ke tempat-tempat lain dan boleh jugak balik ke darat.
Untuk keliling tasik-tasik dlam WL ni, korang ada banyak pilihan, either nak naik sampan ke boat ke etc. Cuma kalau naik sampan macam di atas ni aku tak tahu la bapa lama nak sampai.kihkih
Haaa bab makan pulak, mesti ramai tanya halal ke?? Aku ni belum bodoh lagi nak makan benda-benda yang dilarang. Sebelum datang sini aku da baca blog dan kaji sikit kat mane tempat makan muslim.
Apa yang aku boleh cakap semuanya sedap! Ktorang order ikut gambar yang ada di restoran sahaja. Nak baca bahasa diorang ni memang tak faham la. Tips: Korang download la google translate sebab senang nak tulis apa yang korang nak order dalam bahasa cina. Basically yang aku nampak kat almost restaurant ialah nasi dan mee sahaja.
Antara kedai muslim dan halal yang berdekatan dengan Phoenix Temple (Masjid). Next entry aku akan kongsi pulak cerita pasal masjid ni. Gambar kanan atas tu ialah muslim supermarket.
Korang boleh tanya pakcik google je. Antara yang menjadi rujukan aku, boleh klik:-
Sejuk-sejuk hirup sup memang cenggini! Tapi banyak sangat daun ketumbarnya.
Tak habis pun kongsi 5 orang 2 mangkuk besar ni. Harga Y12 dalam MYR8.
Roti keras. Bagi aku biasa je, kalau ada kari sedap la
Hujan-hujan makan satay pun sedap. Y3 per cucuk. Tak ada kuah kacang just serbuk pepper dan serbuk cili. Macam Uncle bob tu. Selain tu diorang ada jual semua jenis sayur, tauhu yang digoreng dan ditabur 2 perisa tu.
Apa yang aku boleh katakan, makanan kat sini agak mahal. Sekali lunch boleh cecah dalam MYR 60-70. Dan portion diorang memang besar dan boleh makan 2-3 orang. Berbeza dengan Malaysia.
Okay aku rasa setakat ni dulu la. Aku akan sambung lagi next entry untuk cerita selanjutnya sepanjang aku ada kat sana. Nanti aku akan bagi details amount include hotel,bas bla la untuk rujukan korang.
Till then, selamat berhujung minggu guys!
"I have left my hearts to those places i have been"
Hangzhou, Zhejiang Province, China
No comments:
Post a Comment