Serius sebulan dah berlalu baru ada masa nak update entry ni. Soo macam mana dengan Boracay? Berapa bintang agak-agak nak bagi?ke dah ada yang survey tiket?hehe. Phillipines ada banyak lagi island yang cantik. Insyaallah ada rezeki lain aku nak berenang dengan whale shark pulak. So alhamdulilah kali ni diberi rezeki untuk merehatkan minda bersama family pulak. Tak jauh pun aku pergi, Johor je.
Sepertimana yang menjadi viral dan sensasi di instagram, fb, BBM dan sebaginya, Pulau Harimau, Mensirip dan Gaul menjadi tarikan aku untuk trip kali ni. Aku amik pakej dengan Khadija ni. Boleh direct contact (013.348.5171). Aku dapat pun lepas scroll #pulauharimau kat ig. Bersepah orang tawarkan pakej 3 pulau ni. Tapi dengan Khadija ni aku rasa harga berpatutan dari yang lain.
Dengan tidak semena-mena, 2 hari sebelum aku bertolak viral lagi mengatakan 3 pulau ni tak boleh masuk dah atas sebab pencerobohan rumah api. Tapi ada jugak kata satu manusia ni dah bawak basikal naik ke puncak. Haaaa, ni lah yang dikatakan kerana "nila setitik rosak susu sebelanga". So terpaksa move on dengan plan B. Pada mulanya aku amik pakej 3h2m tapi disebabkan hal tersebut khadija offer 2h1m dimana bermalam di chalet Pulau Besar. Pakej aku amik ni RM210/pax all in.
Lets start the journey:)
Sayangnya pada waktu ni Malaysia tengah jerebu teruk dan Johor one of the state yang IPU-nya tinggi okay. So along the way to this pulau kita tak dapat nak tengok pemandangan sekeliling pulau ni. Perjalanan memakan masa dalam 20-30 minit dari jeti. Tips: Better pergi masa bukan musim jerebu ye. Nanti hirup udara bau asap saja.hee
Lets start the journey:)
Ini bukanlah main jetty ye. Naseb jugakla abg-abg ni baik. Diorang ambil ktorang kat jetty lain untuk elak ktorang dari kena pelbagai jenis fees. Bak kata Abg Riki dalam RM50/pax jugaklah fees ni. Macam Boracay la, terminal fee,environmental fee etc. So better korang take note benda-benda macam ni k!
Sayangnya pada waktu ni Malaysia tengah jerebu teruk dan Johor one of the state yang IPU-nya tinggi okay. So along the way to this pulau kita tak dapat nak tengok pemandangan sekeliling pulau ni. Perjalanan memakan masa dalam 20-30 minit dari jeti. Tips: Better pergi masa bukan musim jerebu ye. Nanti hirup udara bau asap saja.hee
Sepanjang Pulau Besar ni ada banyak jeti. Jeti kayu ni la dimana chalet ktorang duduk. Terletak paling hujung kat pulau ni.
Air jernih tapi aku rasa Pulau Perhentian lagi menarik dan cantik. Tenang dan masih ramai lagi belum tahu kewujudan pulau ni.
Ni la chalet ktorang. Ada 3 bilik. Toilet each bilik, towel, blanket disediakan dan tak ada air-cond ye sebab malam sejuk sampai ke pagi. Kalau lagi happening ajak la 2-3 family besar boleh buat BBQ depan rumah ni:)
Chalet ni memang berhadapan dengan laut. Kat situla ktorang breakfast, lunch dan dinner. Semua pekerja dia masak. Semua sedap!
Lepas dah check-in etc, semua siap-siap untuk aktiviti air.Yeay!Kali ni ktorang dibawa oleh abg-abg bot ke Pulau Tengah dan Pulau Hujung. Perjalanan memakan masa dalam 15-20 minit untuk ke satu satu pulau.
Air memang crystal clear. Banyak sangat jenis ikan,karang, soft coral yang berwarna-warni. Memang terbaik! Nemo pun ada! Tapi ikan sini tak friendly mungkin sebab dia tak biasa lagi dengan kunjungan orang ramai kot.hehe
Apa yang bagus abg-abg ni diorang tak kisah pun korang nak stay berapa lama. No limit time okay. Next ktorang terus ke Pulau Hujung. Leisure je kat sini. Korang nak snorkeling ke rilex ke.
Malam tu ktorang pergi try makan seafood di Anjung Senibung Seafood. Overall sedap tapi a little bit pricey dan orang sangat ramai.
Ayah la yang paling rajin snorkeling. Kipidap!
Ktorang biasala main tepi-tepi je. Tepi-tepi ni pun ikan ada tapi tak friendly huhu. Yang sorang-sorang snorkeling tu ayah la haha
Bab-bab membaling air ni memang aku suka. hehe. Tengok yang timbul tu, die je rajin snorkeling sampai ke tengah.
Masa ni nak balik dari Pulau Hujung ke Pulau Besar.
Banyak soft coral yang bewarna warni. Kat sini pun dah banyak landak laut. Beware okay guys?
Balik-balik dari island hopping, mesti la lapar kan? Jangan risau breakfast, lunch & dinner pun dah include dalam pakej. Just duduk,baca doa dan makan sahaja.
Lunch. Breakfast. Dinner. Paling best untuk dinner dapat makan ayam goreng, sotong goreng tepung dan udang char. Memang wallah!
Aktiviti petang diteruskan lagi dengan berjalan disepanjang pulau ni. Selain tu jugak, ktorang pergi ke dalam hutan sikit untuk melihat sendiri survivor place yang pernah digunakan untuk reality show suatu ketika dahulu.
Antara pemandangan di sekitar pulau ni. Ada tiga buah resort sahaja di pulau ni dan rata-rata semuanya berharga RM350/night. Antara kemudahan lain macam surau, mini coop pun ada jugak kat sini. Mostly semua resort kat sini semua diperbuat daripada kayu. Kayu juga mudah didapati kerana belakang ni semua hutan.
Antara kampung-kampung yang ada di Pulau Besar ni.
We are here, Pulau Besar!Next trip boleh kita plan ke Rawa pulak kan?
Bila masuk dalam hutan ni memang ada rasa seram sikit. Menurut abg Riki blok rumah ni diperbuat daripada gabus yang senang untuk dismantle kalau tak nak guna. Aku tidak lah pergi menyentuh benda alah tu sebab seram je haha
Rumah ni selalu kita tengok kalau dalam survivor show kan?
Along way back to our chalet.
Mostly pasir-pasir putih ni berhadapan dengan resort-resort sahaja.
Besoknya, ialah free time. Ktorang gerak balik dalam 10:30 pagi. Perjalanan diteruskan menuju ke bandar pulak. Stay area Danga Bay. Alang-alang dah sampai Johor kan so boleh la cuci mata sekali. Ktorang menuju ke Danga Bay. Development of Country Garden. Ciri-ciri dan rekaannya seaakan-akan Tanjung Puteri. Ingat lagi tak entry aku ke Tanjung Puteri? Aku rasa R & F Tanjung Puteri tu lagi cantik kot? Boleh klik sini untuk compare kan hehe.
Jom layan gambar..
Posto-posto!
Rumput ni tak boleh pijak ye. Nanti ada je bunyi wisel.
Decoration dia memang cute-cute.
Sesuai untuk family yang ada anak-anak kecil sebab diorang boleh main kat playground. Santai dan lepak kat sini tenang je rasa plus entrance free.:)
Proper family potret at the moment.hehe
Jerebu teruk. View memang kabur je. Ni la laut yang membahagi Singapore dan Johor.
Pasir halus dan putih tau!
Country Garden Danga Bay. Konsep dia sama je nak attract people untuk beli aset kat sini. Konfem harga berjuta-juta.
Malam tu ktorang pergi try makan seafood di Anjung Senibung Seafood. Overall sedap tapi a little bit pricey dan orang sangat ramai.
Seafood kat sini memang nampak fresh!
Siakap pedas.Sedappp dan recommended!
Cumi goreng tepung. Ni namanye semua dah lapar sebab makanan lambat sampai. Bila nak habis baru teringat nak snap pic. Recommended!
Kupang ke kepah aku tak sure. Tapi benda alah ni alahai kecut bila dah masak. Not very recommended.
Macam biasa lah next day breakfast kacang pool balai bomba dan try lempeng cicah kuah asam pedas. Sedap! Singgah JPO dan straight away to Kuala Lumpur. Happy nya kali ni dapat spend sikit masa dengan family walaupun tak pergi jauh-jauh. Harap-harap dapat membantu korang yang bercadang nak pergi Pulau besar!
"Enjoy the little things in life, because one day you will look back, and realize they were the big things."
Pulau Besar, Mersing
Till my next entry!
Assalamualaikum:)
No comments:
Post a Comment