Tuesday, 3 March 2015

Sepetang di Tanjung Puteri, Johor Bahru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!


Seperti yang aku janjikan, aku nak cerita sikit tentang satu tempat yang aku pergi kat Johor. Tapi sebelum tu, kita pergi sarapan di Kacang Pool Haji atau dikenali jugak sebagai Kacang Pool Bomba. Sebab dekat ngan balai bomba.haha!

Ni la ghopenya kacang pool tu..hehe. Taste die sedap. Roti lembut setinggi lebih kurang 1 inci. Kuah pulak ada kacang panggang dlm tin tu, sedikit bawang dan cili serta limau kasturi. Yang tengah tu pulak rasa macam otak-otak tapi isi ayam


Comelkan?:)

Lepas makan terus ke Tanjung Puteri. Tempat tu very nice, cozy, luxury and at this moment is open to public. Orang kata untuk attract people beli nanti la. Pembangunan ni meliputi hotel bertaraf 5 bintang, menara pejabat kelas A, pusat beli-belah, clubhouse, pembangunan pangsapuri mewah dll. So better sekarang terutamanya orang-orang Johor boleh la pergi bersantai kat Tanjung Puteri sambil menikmati keindahan Singapore yang ada betul2 seberang laut je.mihmihmih

 Ni entrance masuk. Banyak pulak panda ni kat sini.hehe cute!

 Pondok2 sekitar kawasan panda tadi

Along the way to entrance. Hijau sangat mempesonakan :)

Projek hartanah mega R&F Tanjung Puteri ni bakal menjadi mercu tanda baharu Johor Bahru yang sekali gus mengubah landskap pembangunan bandar raya ini menjadi moden dan bertaraf antarabangsa. Projek hartanah mewah yang dimajukan syarikat hartanah terkemuka dari China, R&F Properties di kawasan pesisir pantai akan dibangunkan menerusi beberapa fasa dalam tempoh lapan tahun. Sekarang jom kita turun ke belah pantai pulak. Jom layan gamba...

 View yang sangat Subhanaallah! Sangat fresh even tengah hangat pijo ni. haha!

Bukan selalu dapat jalan-jalan sesama kan?


  Abaikanla tilam yang tak berapa nak lawa tu. haha

 R & F Tanjung Puteri


 Tu haa depan tu Singapore jee..Boleh berenang kalau nak cepat haha!

Model, Fifie. Cantikkan background die. Memang macam pantai kat oversea.

Saja fefeeling macam kat oversea!



Aku rasa macam WOW! Sangat cantik dan sangat mewah! Aku bagi 5 bintang lah haha


Berangin je kalau lepak-lepak kat sini

 Gym dalam air.OMG,bestnya..memang direct tengok Singapore.Terbaik!




Travel buddies


Pemandangan dikala senja, credit photo to google:)

Overall, best la jalan kat Tanjung Puteri ni. Development kat Johor ni sangat hebat. Banyak developer-developer China yang buat construction mostly berhadapan dengan Singapore tu. So, sekian sajala cerita aku kali ni. Jumpa lagi till next post!:)


"Take vacations, go as many places as you can, you can always make money, you cant always make memories"

 Tanjung Puteri, Johor Bahru, Malaysia














1 comment:

stub-area said...

TIME Fibre Home/Biz Broadband .
Available coverage as listed below :-
1.R&F Tanjung Puteri Mall Phase 2A
2. R&F Tanjung Puteri , Block A1,A2,A3,A3a,A5,A6 & A7
For more info & registration ,
please wassap0️⃣1️⃣9️⃣7️⃣5️⃣3️⃣5️⃣9️⃣7️⃣2️⃣
https://api.whatsapp.com/send?phone=+60197535972