Saturday, 14 February 2015

Short Trip To USS,Singapore

Hai,Assalamualaikum..:)


Kembali lagi aku kat blog ni nak kongsikan satu kisah #traveljourney2015 aku kat korang semua. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu korang in future kalau-kalau nak pergi la kan. Seriously kali ni aku pergi bajet-bajet je sebab dirancang dalam jangka masa yang pendek sahaja. Maka aku dan travel buddies aku bersetuju untuk menghabiskan masa di hujung minggu di Universal Studios Singapore atau orang panggil USS jeww..hehe
.
.

Memang main objective aku kali ni nak masuk USS sahaja. Trip ni pun selama 3 hari (6/2/2015-8/2/2015). Tak nak amik lelebih sebab semua nak save cuti hehe. Apa orang kata nak berchill dihujung minggu je.


Universal Studios Singapore

So hari jumaat after office hour aku terus gerak ke Serdang dengan ktm. Sebab 2 orang kawan aku keje area sana. Amik kak farah kat KLIA 2 dari Penang dalam jam 9.30 malam. So kami drive ke Johor selama 4 jam dan tiba di Tune Hotels lebih kurang 1.30 pagi.

 Cukup untuk dua orang sebilik. Towel disediakan tak perlu bayar apa2. Selesa dan ada aircond:)

Bersih.:)

Selamat pagi Johor!Hehe:)..Untuk pengetahuan semua,tiket USS dan return bas aku dah tempah dari "PRIDES TOUR" sebulan sebelum dari tarikh kami pergi. Atau boleh check it out di facebook dan instagram diorang di :



&


Kita kena bayar 50% sebagai confirmation tiket dan baki nanti masa hari kita nak pergi. Service diorang memang superb dan memuaskan hati. Driver bas pun sangat friendly. Total bas return dan tiket USS hanya RM195 termasuk free voucher makan SGD10 & retail SGD5. Murahkan? So boleh cepat2 book dengan diorang k!

K. Dhiya, Fifie, Aku, K. Farah & Iffa

Dalam 7.15 pagi aku dan yang lain berkumpul kat bawah hotel dan terus waps Ifah dari Prides Tour tu untuk dapatkan tiket dan bayar separuh lagi baki. Dalam jam 8 pagi bas baru bergerak dari Tune Hotels. Nak masuk Singapore kita ada stop 2 imigresen. Memang kita kena jalan kaki dan bas akan tunggu di tempat letak bas.


 First checkpoint. Jabatan Kastan Diraja Malaysia.

 Please proceed to " Tiada Barang Untuk Diikrar" :)

Second checkpoint untuk imigresen Singapore.

 After second checkpoint, tunggu bas sebelum sampai USS!

Better kalau nak pergi USS tak payah la susah-susah drive sendiri. Sangat sesak. Better naik bas. Senang dan tak de la sesat jalan kan.hehe

Sampai di Singapore dalam jam 9.50 pagi. First thing first aku sangat excited dapat datang kat sini. Bersih. Tak sangka aku boleh sampai sini.huhu. Jom layan gambar sambil aku bercerita lebih lanjut okay!:)

 Main entrance USS

#ceritaholidayput3

 Yang bawak anak-anak kecik, datuk nenek ke jangan risau boleh rent stroller atau wheelchair. Rate?Aku tak ingat hehe

 Korang kene amik studio guide ni supaya senang la nak jalan. Kita digalakkan sesat dalam  USS ni tapi sesat sampai tak jumpa jalan keluar susah jugak an?hehe

Tempat mula-mula ktorang serbu ialah Sci-Fi City dimana "TRANSFORMERS THE RIDE" ada. Sangat-sangat mencabar!Korang wajib try ni dulu untuk elak waiting time yang lama. Aku pergi aritu tunggu dalam 15 minit je. Dalam ni kita akan jadi freedom fighter dalam animasi 3D yang sangat awesome. So TERBAIKK!

 Serius jalan dalam ni sama macam dalam movie!Korang wajib try.



Done!Yeah!


Next kitorang terus pergi "Ancient Egpyt" dan "The Lost World".Harap maaf ye revenge of the mummy(also indoor roller coaster) dan roller coaster pujaan ramai tu tak dapat masuk sebab tengah annual maintenance. So korang better make sure game-game yang best ni available sebelum nak tempah tiket okay! sob sob:(

 Tengok sajalah ye.

The Mummy


Jurassic Park Rapids Adventure. Boleh pakai baju hujan kalau tak nak basah ye. hehe:)

Oasis Spice Cafe. Kitorang lunch sini!.Jangan risau HALAL CERTIFIED:)

 Decoration sangat unik dan ada estetik value.Kemain

 More to Egyptian-themed. Specialty nasi arab kot. So kat sini lah kitorg guna free voucher SGD10 untuk lunch. Mahal and not recommended.hehe

Tenung lama-lama jadi seram weh!

Lepas makan teruskan journey ke Far Far Away dan Madagascar. Actually game dalam USS ni boleh habis dalam 4-5 jam je. So masuk USS ni bolehla bawak botol kosong sebab diorang ade provide watercular betul ke ejaan aku?. Aritu aku bawak je mentos masuk dalam.hehe

Sweet candy stall






Far-Far Awayyy Castle selepas Shrek 4-D adventure. Recommended!


Cute Signboard!


 Along the way Hollywood Road.

At Mel's Drive In. Chocholate milkshake SGD4.50. HALAL CERTIFIED!


New York City








View dari jauh.

Semua pemandangan di corong2 laluan2 bangunan ni semua mcm kat overseas..Memang rase nak snap pic everywherelah.haha! Disamping tu show secara live jugak ada dlm USS ni. Ada waktu-waktu dia so korang kena alert la. Usually masa peak hour. Kalau nak jumpa character cartoon seperti Minions, Elmo Sesama Street, Army of Anubis, Shrek, Princess Fiona dan Marily Monroe pun ada jugak.Korang memang kena stay sampai tutup USS tu..hehe. Jangan risau jugak prayer's room disediakan di dalam USS. Bawak telekung je hokay!:)

Kat sini aku nak kongsikan jumlah perbelanjaan selama 3 hari 2 malam:-


Bil
List
Total untuk 4 persons (RM)
Total per person (RM)
1
LRT Return (KL Sentral - Serdang)
-
3.40
2
Minyak (Myvi)
100.00
25.00
3
Toll (Exit Skudai)
81.40
20.35
4
Tune Hotels (2 nights)
279.55
55.91
5
Roti + coklat
-
7.80
6
RNR Seremban (milo panas + bihun goreng)
-
4.00
7
Tiket USS
-
195.00
8
Duit Tukar (SGD 40) @ current rate 2.66
-
106.40
9
Dinner sabtu (sup ayam pergh + nasi + telur dadar + laici)-baki farah belanja
-
10.00
10
Breakfast(kacang pool + tea o panas)
-
7.00
11
Park KLIA2 (Hantar K. Farah)
-
8.00
TOTAL
442.86

Actually korang boleh jimat lagi, tak perlu pun bawak banyak2 duit SGD if tak nak beli apa-apa. Bagi aku 20SGD cukup untuk makan, minum dan satu fridge magnet untuk kenang-kenangan. 



Be Positve, Keep Calm and Travel on!

Universal Studios Singapore, Singapore


So sekian saja cerita aku kali ni. Haa untuk next cerita aku nak update sesuatu yang menarik di Johor Bahru! Stay tuned.....:)




No comments: