Thursday, 8 January 2015

End Year Trip 2014 - Manali, Himachal Pradesh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera  semua ..

Seperti yang dijanjikan, aku akan sambung cerita pasal trip g India ni. Jom kita naik ke utara India, Manali. Manali berada didalam negeri Himachal Pradesh. Manali dikenali sebagai Switzerland of India. Berada pada altitude 2,050m  dari aras laut (6,726 kaki).


Mesti semua tertanya-tanya kenapa nama negeri tu Himachal?Ade kene mengena dengan Himalaya ke? Sebenarnya, Banjaran Himalaya telah memisahkan India dan kawasan utara Pakistan. "Him" dalam Hindi bermaksud snow atau ice. "Alaya" pulak bermaksud homes. Himalaya membawa maksud Homes of snow. Dan dari situ Himachal menbawa makna "Land of snow".

Map of India


Map of Himachal Pradesh

Haa, betapa besarnya India. Betapa banyaknya lagi daerah-daerah kecik dalam Himachal Pradesh. Yang aku cover hanyalah Manali dan Rohtang Pass. Tetapi untuk sampai ke Manali aku memang melewati daerah-daerah itu seperti Chandigarh, Kullu dan sebagainya. Jarak perjalanan Delhi ke Chandigarh 260km dan dari Chandigarh ke Manali 273km. Total 533km selama 18 jam!! Kami bertolak dari jam 5.30 pagi sampailah 11.30 malam. Satu hari suntuk masa perjalanan.

Lalang dah sama warna dengan debu ni, apa citta? haha! Antara laluan kampung yang kami lalui untuk ke Manali.

Lalang sebagai penghadang jalan. Tepi tu semua gaung. Harap maklum:)

Sesiapa yang nak pergi sini kena ada kekuatan mental dan fizikal. Kalau tak korang akan jadi tak seronok,stress dan macam-macam masalah akan timbul. So far,all my travel buddies sporting! Dan Alhamdulillah kami semua selamat sampai di Hotel Daffodil Manali. Sejuknya jangan cakaplah sampai 0 degree celcius. Nak tidur pun susah. Baju 4 lapis. Hamik kau nak sgt rase winter kann!

 Morning Manali! View from my room :)

View from lobby hotel. Hotel Daffodil & Cottage. Sangat cozy!


6 of us!:)

Alhamdulillah..cuaca sangat cantik dan baik. Langit biru..awan putih..cewahhh..yang penting gunung nampakkk putih!! Manali merupakan satu-satu jalan untuk ke Rohtang Pass. Perjalanan untuk ke Rohtang Pass pula memakan masa lagi 3 jam walaupun hanya 51km! Haa, betapa susahnya datang jauh-jauh dari Malaysia nak pegang snow tu sendiri. Pertama kali nampak gunung2 memutih haa…

Lovely and cozy small hill town, Manali.

 Along the way to Rohtang Pass.

 Bukit-bukau yang segar. haa kemainn kau!


Pemandangan yang sangat mendamaikan.

 Pokok Epal. Sebab musim winter so tinggal kayu je. Tapi still viewnya cantik!

SubhanaAllah!

 Unik bukit ni! Mungkin sekarang semua ni dah warna putih.

 Haa..ni lah ais yang dah mengeras semasa mengalir. Pertama kali tengok benda alah ni.

Kene datang tengok dengan mata sendiri. 

Air Ais bertingkat-tingkat. Cantik sangat!

Berhenti minum di RNR. Lepas ni tak de toilet da. Kat sini pun ada jual pashmina, sarung tangan tebal means final check sebelum sampai di Rohtang Pass. Air toilet dia sejuk beku. Gunung kat belakang tu bersegi-segi. Cantik sangat!


Sampai je kat destinasi, sejuknya amat sampai ke tulang. Rase mcm tak nak keluar dari van!haha. Bila sampai ke kawasan macam ni, pakaian kene lengkap seperti sarung tangan tebal, stoking tebal, boots PCK pun okay!, pashmina dan sebagainya.

Nak tunjuk angin tu kuat!HEHE

Ni actual pemandangan dari jalan raya. Berdebu sebab angin yang kuat. Kami kene pakai pashmina tutup hidung. 

Untuk ke sana, kami harus menaiki jeep yang memuatkan seramai 6 orang. Bayaran kalau tak silap 3000IR return lebih kurang 180MYR. Nampak dekat tapi jauh. Permukaan jalan berdebu dan berlubang-lubang. Kalau jalan kaki agaknya ayah aku tak sampai-sampai kat gunung putih tu. HAHA!

 Happy tak?Happy gilerrr sebab first time kot sampai sini!Sejukkkkkk. 

 Cubaan mendaki.HAHA!muntah banyak kali dalam van opps! ^_^

Mak & Ayah. Thanks sebab bawak aku sampai sini.

 
 Ni menikmati sangat sampai baring-baring mak aku. Banker ni wajib dibawa merata-rata:)

 Asyik-asyik duduk sebab stress licin oi.

Si baju pink tu lutut jammed (faktor cuaca) sebab asyik duduk je tak bergerak.

Anis & Baby excited main gelongsor.

Jom main salji lagi? Haaa.. Tobat tak nak pi dah.HAHA!

Merangkaklah dua beranak ni nak main salji. Best candid ever!

Aku dan yang lain pilih untuk main ski. Pakej termasuk guide, alatan ski, stoking, kasut semua ni dalam 700IR atau MYR42. Murahkan? So terus cakap nak. Sampai sana rase tak nak pulak sebab susah giler.HAHA! Jom layan gambar..


 Good job ayah walaupun sakit lutut. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.

 Pro nya budak sorang tu. Hopefully tak muntah lagi.HEHE. Btw, guide akan ajar sekali kita cara macam mane nak main benda alah ni.

Agaknya dia pun malas nak ajar aku da kot. Sebab aku banyak bebel kot? Tengok pemandangan kat belakang tu!


 Haa..Lengkaplah kami 12 orang sepanjang ada kat India ni. Semua sporting gilerr! so where is next guys?
(Pakcik Ayob, Aunty sharifah, Aliya, Anis, Baby, Azwa, Oun, Aku(Colin), Bee, Lela, Mak, Ayah)

Main punya main  tak sedar masa dua jam da kitorg kat situ. Aku dan yang lain-lain happy sangat dapat jumpa salji depan mata. Esoknya kami bergerak balik ke Chandigarh, stay 1 night at Una Smart Hotel sebelum bertolak ke Delhi untuk flight balik KL. 


Kenangan ni tak dapat kat mana2. Thanks buddies!

Haa..sekian lah cerita trip aku ke India. Kehidupan disini banyak memuhasabahkan diri aku supaya sentiasa bersyukur dengan apa jua nikmat yang aku ada sekarang. Kehidupan kita di Malaysia ni 1000 kali ganda lebih senang berbanding sana. Dengan lautan manusia yang ramai, hidup bergelendangan, tidur bawah flyover, buat rumah tepi jalan raya, harga  minyak mahal mencecah MYR 3.50/litre, tax sangat tinggi sampai 20%...huhh..can you imagine how they survive there? Penduduk kat India ni bekerja hanya untuk meneruskan kehidupan diorang bukan untuk kemewahan. Bayangkan rumah hanya batu-bata merah semata-mata. Finishes bagai tak perlu pun kat dinding luar. Disana jugak masjid untuk solat hanyalah untuk lelaki. No women allowed. Even masa kat hotel aku tak nampak pekerja wanita pun! Sepanjang aku kat sana susah sangat nak jumpa anak dara kat luar melainkan budak-budak pergi sekolah etc. 


Sekian sahaja entry untuk kali  ini. Semoga kita berjumpa lagi India!
Nak tunjuk daun-daun kuning tu serius lawa. Btw baju bulu2 tu hanya IR 300 bersamaan MYR 18! Giler murahkan? Aku beli kat pasar malam die je..hehe


"The world is like a book, and those who do not get out and explore the world only read a page of the book"
Manali, Himachal Pradesh













No comments: