Tuesday, 23 December 2014

End Year Trip 2014 - India

Seriously cakap aku tak pandai nak berkarya,menaip2 bagai ni. Tapi apepun nak kongsikan sebanyak mana pengalaman bercuti di negara org dan jugak sebagai kenangan untuk aku tengok in future. So, seperti yang dijanjikan, pada 7/12/2014 sampai 14/12/2014 aku da tempah tiket untuk bercuti di negara India. Actually, aku da beli tiket ni dari bulan Julai lagi dengan Malindo Air dengan RM1400++ return (free food and free 20kg luggage).


.

.

Biasalah ramai akan bertanya, “Eh, Eh kenapa nak g India?, Ape yang best kat India? , Bukan busuk bau air kencing ke? Bla bla bla, “ Haa mcm tu la mcm2 pertanyaan yang semestinya tak menggambarkan India tu best langsung. Tapi aku fikir ini travel,mase untuk aku tengok,explore negara org, betul tak? So, aku pergi ni ngan family and another family, total 12 orang.
.
.
First of all, because aku pergi dengan family yang ramai mcm ni,aku decide nak amik travel agency je sebab arrival time pun da nak dekat pukul 11 malam. Kalau tunggu esok pagi da rugi mase. Aku yang bertanggungjawab untuk cari agency kat sana. Aku main redah je cari online and mintak quotation. Last2 minute baru aku dapat satu travel agency yang tawarkan pakej agak murah selama 8 hari kami di sana, “GETS HOLIDAY” atau boleh klik sini “ http://www.getsholidays.com/ “. Aku rase sangat sangat berbaloi sebab per person RM 673++ termasuk 3 hotel,breakfast included, van traveller plus driver sepanjang percutiaan kami di sana. Sangat murahkan..?
.


.

So aku tak nak bebel panjang aku letak gambar sebagai cerita sepanjang percutian aku kat sana. For information, aku dapat cover 4 buah negeri la kot haha iaitu NEW DELHI, AGRA, JAIPUR & MANALI.

Tiba di Indira Gandhi International Airport New Delhi. Collect luggage around 10.20 pm waktu di india. Untuk pengetahuan waktu Malaysia cepat 2 ½ jam dr India, means waktu tu di Malaysia around 1 pagi. Aku disambut dengan tour agent yang telah ditempah jumaat lalu.haha

Haa...ni la orang yang menunggu ktorg kat aiport masa sampai tu. Disebabkan aku yang tempah, so famous la kejap.hehe





Antara pemandangan dalam airport. Cantik. Bersih dan Besar.:)

Malam itu ktorg stay di Surya International  di area Karol Bagh, New Delhi. Stay 1 night. Next morning, early in the morning around 6 am ktorang telah bertolak ke Agra. Perjalanan memakan masa selama 5 jam melalui highway. So sambung rehat dalam van dan tengok pemandangan yang lain dari Malaysia. 

Sejuk oi kat luar ni!


Layan benda ni sejuk-sejuk memang walah!

Apa yang penting, driver akan berhenti di setiap perhentian yang tandasnya bersih dan dijamin kebersihan kedai makan. So ktorang boleh makan tanpa rase was2 dan ragu2.

Sambung perjalanan dan sampailah kami di Agra. Tempat pertama yang kami lewati ialah Taj Mahal. Taj Mahal, hanya satu perkataan yang boleh aku cakap "SUBHANAALLAH". Sangat cantik, kisah yang sedih disebalik satu monumen tersergam indah di dalam negeri ini. Kami beruntung sebab our guide cerita dari A sampai Z kisah Taj Mahal ni. 

Ini masjid bersebelahan dengan Taj Mahal. Taj Mahal berada ditengah-tengah antara sebuah masjid dan guest house. both masjid dan guest house ni mempunyai corak dan warna yang hampir sama. Tujuannya adalah untuk seimbangkan antara satu sama lain.

Ini adalah pintu masuk ke Taj Mahal. Disepanjang pintu gerbang ini adalah replika bilik-bilik kecil pekerja yang pernah duduk 400 tahun dahulu.


Cantikkan? kalau tengok depan-depan seolah2 seperti hanya gambar yang ditampal belakang kita. Tapi itulah keindahan yang patut korang rasai sendiri. so boleh book tiket pergi lawat one of the 7 wonders ni.:)


Next, ktorg terus shoot ke Jaipur, another state yang ada di India. Sampai around 10 malam sebb perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Stay 2 malam di Glitz Hotel, Jaipur. Sepanjang percutian ni, ktorg stay 2 orang sebilik. Sangat selesa, bersih, kemas danyang penting ada wifi!hehe. Jom layan gamba sikit.




Second day, ktorg pergi melawat banyak tempat seperti Amber Fort, Jantar Mantar, City Place, Hawa Mahal, sight seeing and of course shopping saree..













On third day, breakfast and enjoy the journey back to Delhi. Masa ni la amik bunga-bunga canola yang ala-ala lagu  dalam filem "Diwale Dulhania Le Jayenge". hehe



Next, kitorg terus sightseeing di New Delhi. Banyak tempat seperti India Gate, President House, Qutub Minar dan macam2 lagi. 


Overall apa yang aku cover ni ialah "Golden Triangle Tour" yang meliputi Delhi, Agra dan Jaipur. Yes, Perjalanan memang sekitar 5-6 jam tapi sangat worth pada sesiapa yang sukekan history dan architecture lover. 

So untuk next post, aku akan khaskan cerita ke Manali pulak, means kita turun ke utara India. 

Bagi hint gambar sikit.:)

If you reject the food, ignore the customs, fear the religion and avoid the people, you better stay at home Himachal Pradesh, Manali














No comments: