Thursday, 7 May 2015

Mid Year Trip 2015 - Yogyakarta,Indonesia (Part I)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..


Lama dah aku tak menaip sebab tak berjalan ke mana kan. Balik-balik kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.huhu. Tiba-tiba bulan 3 aritu AirAsiaGo ada promotion. Rezeki pulak sebab ada bonus bulan tu. So terus decide nak pergi Indonesia sebab tak pernah jejak negara jiran satu ni. 


Dalam fikiran aku masih lagi berlegar-legar which part of Indon yang aku nak pergi?
.
.
.

Ting!!                                           Yogyakarta. 



Yogyakarta atau dikenali jugak sebagai Jogja merupakan sebuah bandar di Pulau Jawa. Jogja terkenal dengan keindahan landskap alam semula jadi, tempat bersejarah yang memukau, keserdahanaan dan keramahan penduduknya, seni dan budaya, keunikan dari segi makanan dimana menjadi antara sebab kenapa aku decide nak jelajah bandar ni. Jogja masih boleh dikategorikan sebagai sebuah bandar yang tidak sarat dengan pelancong asing.

Flight return termasuk hotel 3 bintang selama 4 hari 3 malam (25/4/2015-28/4/2015)hanyalah MYR250. Giler murahkan? Tips kat sini bila nampak je murah terus grab tak yah pikir duit cukup ke tak.haha! So aku simpulkan trip kali ni memang backpacker punya style. Dengan hanya berbekalkan IDR1,400,000.00 atau MYR401.80, aku pun redah dengan travel partner aku, Fyfy. 

Patch beli kat group BBM. Semangat jahit masa tunggu flight. Dan masalah bila travel berdua ni, jenuh la duk cari orang nak tolong tangkap gambar. HAHA

Alhamdulillah selamat mendarat di Adisutjipto Airport. Lebih kurang jam 4:30 sore. Untuk makluman waktu Indon cepat sejam dari Malaysia. So sini cepat gelap dan cepat cerah:)

Tambang dari airport ke hotel IDR100,000 satu mobil lebih kurang MYR28. Agak mahal sikit. Ktorang stay kat Cakra Kusuma Hotel, Jalan Kaliurang Km5,2.Tips korang kena ingat nama jalan sebab pak supir akan tanya jalan apa. Mungkin kat sini diorang lebih arif tentang jalan berbanding nama hotel kita. Untuk pengetahuan, hotel ni tak berapa strategik sebab jauh dengan tarikan utama macam Jalan Malioboro,Taman Sari dll. Tapi agak save sebab Jalan Kaliurang ni adalah area kawasan student UGM(Universitas Gadjah Mada) so makanan lebih murah. Jom tengok gamba bilik.:)


Hotel ni sangat-sangat memuaskan walaupun hanya 3 bintang. Ktorang dapat bilik standard exclude breakfast. 

Banyak lagi fasiliti kat hotel ni. Ada ruang untuk tonton tv, kolam renang. Malam-malam ktorang siap main snooker lagi.HAHA! 
p/s:fie aku menang 2 kali okay.

Aktiviti pertama kitorang malam tu jugak ialah Taman Pelangi atau dikenali jugak sebagai Taman Lampion. Actually taman ni macam ICT kat Shah Alam tu. Niat hati memang nak jalan kaki tapi bila tanya orang sini, "agak lumayan mbak". Maksudnya jauh dalam 30 minit jalan. So amik taksi je. Entrance fee cuma IDR15,000 lebih kurang MYR4.00. Sangat murah berbanding kat Malaysia ni.huhu. Jom layan gambar dulu..






 Serius cantik!


Okay boleh la berangan tengok Eiffel Tower.hehe. Belakang tu muzium apa ntah.

Ada banyak tema kat Taman Pelangi ni. Korea, Paris dll. Tiba-tiba ada seekor giant Godzilla ni. Besarrr!

Next day, ktorang decide untuk sewa motor nak ronda2 tempat menarik kat Jogja. Naseb ade Fyfy nak bawak aku. Ktorang jalan-jalan depan area hotel je nak sewa motor.

Cari punya cari jumpala Alif Car & Motor Cycle Rental ni. Kedai dia kedalam area kampung jugak. Rate dia aku rasa sangat murah. Hanya IDR60,000 bersamaan lebih kurang MYR17.00 untuk satu hari. Of kos la petrol kena topup sendiri. Petrol diorang lebih kurang harga Malaysia. IDR7,400 atau MYR2.12.

Map ni owner sewa moto yang bagi. Hanya berpandukan ni ktorang pun main redah je.HAHA! Plus jangan malu nak bertanya dengan orang sini. Diorang ramah terutamanya bila tahu kita orang Malaysia:)
Tips: Korang boleh google city map ni. Download dan print out.


 Sekitar bandar Jogja. Kat sini bukan macam Thailand boleh sesuka hati naik motor 3- 4 orang, tak pakai helmet bagai.

Ini la Tugu Jogja. Landmark yang terkenal di Jogja. Tradisi disini dipercayai bahawa mahasiswa perantau akan memeluk atau mencium tugu ini setelah lulus kuliah. Ini menunjukkan sayangnya terhadap Kota Jogja yang akan ditinggalkan dan berikrar unutk mengunjungi kota ini lagi.

So tempat first yang ktorang lawat ialah Keraton. Keraton merupakan pusat kegiatan kesultanan di Jogja, salah satu tempat wisata yang wajib pergi bila kat Jogja terutamanya bagi pencinta sejarah. Kat sini ada pertunjukan harian seperti muzik gamelan, tarian, wayang kulit dll. Aritu ktorang sempat tengok pertunjukan tarian oleh penari-penari kat sini.

 Masa ni akan ada penyayi membaca atau menyanyi kitab diorang. Aku sendiri pun tak faham.LOL


 Selepas baca kitab tu baru la pertunjukan tarian diadakan. Pergerakan tarian diorang sangatlah slowmotion. Agak mengantuk.


 Pertunjukan muzik gamelan dalam Keraton jugak tapi berlainan bangunan.

Persekitaran Keraton. Penuh jugak dengan pelajar-pelajar sekolah masa ni.

Next, ktorang pergi Water Castle atau dikenali sebagai Taman Sari. Antara salah satu tempat wisata yang wajib dilawati jika berada di Jogja. Taman Sari terletak cuma 2km dari Keraton. Berjalan kaki memakan masa 10-15 minit sahaja.

Along the way to Taman Sari. Ada banyak kedai souvenir kat sini. Harga tak sure tapi better shopping kat Jalan Malioboro:)



Kat sini kita tak dapat nak sure either orang Malaysia ke Indonesia sebab mereka pun bertudung. Kena dengar loghat dulu baru tahu hehe

Ni antara laluan bawah tanah untuk sampai ke Taman Sari. Sekitarnya ialah rumah-rumah kampung. Masa ni ktorang dibawa oleh salah seorang yang bekerja untuk wisata ni. 

Ni merupakan Masjid bawah tanah dan merupakan salah satu jalan jugak untuk pergi ke Taman Sari. Sejuk je bawah ni.

Ruang Imam. Ruang solat wanita ada kat tingkat atas. Tangga untuk ke ruangan solat wanita ada 5 cabang dimana melambangkan 5 waktu solat dan 5 rukun Islam.




Tempat pemandian sultan bersama para putri dikelilingi dengan tembok-tembok tinggi.


Air keruh,berlumut dan  nampak dalam. Tapi asal aku tengok kat google jernih je?  


Ktorang pergi hari Ahad so ramai la orang. Panas masa ni jangan cakaplah.


Next, ktorang pergi jalan disekitar Jalan Malioboro. Barang-barang kat sini sangatlah murah. Hampir semua berasaskan batik. 

 Pasar Beringharjo.


 Baju kemeja untuk lelaki dalam IDR55,000 manakala kain batik pulak dalam IDR40,000.


 T-shirt ni sangat banyak sepanjang Malioboro ni. Harga IDR30,000 bagi lengan pendek dan IDR45,000 bagi lengan panjang. Korang boleh la bargain nak dapat harga terbaik ok!


 Ni kalau bawak mak-mak habis diborongnya. Kalau aku datang untuk shopping boleh la rembat sarung bantal ni.


Satu benda alah ni tak sampai MYR1 pun.


Ni merupakan tempat wajib orang tangkap gambar jika datang ke Jalan Malioboro.


 Kenapa mata kuda ni ditutup? 


Kereta kuda atau dikenali sebagai Andong ni memang banyak sepanjang Jalan Malioboro dan Pasar Beringharjo. Ia digunakan sebagai salah satu transportasi tradisional masyarakat Jogja.


Teruskan perjalanan ke Pantai Parangtritis. Pantai ni paling terkenal di Jogja. Pantai ni istimewa sebab pasirnya bewarna hitam. Menurut penduduk tempatan pantai ni dianggap suci dan keramat.

Sebelum turun pantai pekena teh botol yang famous tu kan. First time cuba dan tak masuk dengan tekak aku. Nama pun teh kan. Rasa teh biasa je.


 Pantai Parangtritis. Ya ampun jauh dari Jalan Malioboro tu. 28km dari bandar. Dalam 50 minit naik motor. Huh! Nothing much to see. Pantai ni mengadap Lautan Hindi. Ombak kat sini sangat besar dan tak sesuai untuk mandi-manda. 


 Angin kuat dan sesuai untuk main layang-layang. Selain tu ada juga aktiviti menunggang kuda, ATV dan mini sunway lagoon untuk kanak-kanak bermandi-manda.


Tujuan kat sini nak kejar sunset. Tapi tak berapa nak cantik sebab awan banyak dan mendung je. 

Antara makanan yang ktorang makan untuk lunch dan dinner. First ialah ayam penyet, ayam pedas dan jus alpokat kat Ayam Pedas Wong Jowo (Jalan Malioboro). Walaupun nama ayam pedas tapi manis, sedap!. Next ialah nasi goreng ayam dan mie goreng ayam  di Kedai Bungong Juempa (Jalan Kaliurang). Overall, sedap!!

Sekian cerita aku untuk Part 1 kali ni. Sangat puas hati sebab dapat rasa sendiri bawak motor kat tempat orang. Kat sini sama macam KL, jem bila waktu puncak. Part 2 aku akan sambung dengan aktiviti yang lebih menarik dan mencabar. Aku akan attach sekali bajet sepanjang aku kat sana. Insyaallah boleh la korang buat sikit rujukan dan penambahbaikan. 


"Go some place where no one knows your name"

Yogyakarta @ Jogja, Indonesia






















No comments: