Monday, 25 May 2015

Mid Year Trip 2015 - Yogyakarta (Part II)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah seminggu barulah ada mood balik untuk menaip. Kalau lama tak bukak memang la malas nak menaip.huhu. So aku kembali untuk menyambung cerita tentang trip aku ke Jogja. 

Untuk hari kedua, aku n Fyfy decide untuk amik pakej bersama "Nomad Tours" untuk cover Candi Borobudur, Gunung Merapi dan Candi Prambanan. Tour ni pun ktorang cari kat sana, area Jalan Malioboro. Reasons sebab apa aku amik tour ni ialah dari segi faktor jarak yang jauh dan tidak tahu selok belok untuk ke destinasi kali ini. Plus kos untuk tour ni merangkumi driver, minyak dan parking dengan hanya IDR150,000 atau lebih kurang MYR40++ untuk trip one full day (10 hours). Dalam satu Avanza aku, Fyfy dan 2 orang lagi mat saleh. So selesa dan tak payah bersempit-sempit.hee

Destinasi pertama ktorang ialah Candi Borobudur. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam. Ktorang dioffer untuk amik pakej masuk ke Candi Borobudur dan Candi Prambanan dengan harga IDR 375,000 berbanding beli secara berasingan. Perbezaan yang ketara diantara pelancong asing dan penduduk tempatan. Tiket masuk untuk penduduk tempatan cuma berharga IDR30,000. Jangan mimpi untuk menipu sebab masa entrance nanti diorang akan mintak kad ID. Masak korang masa tu.HAHA!

Ktorang diberi masa 2 jam untuk di dalam candi ni.Jom layan gamba..

 Sekitar taman yang ada di dalam kawasan Candi Borobudur. Luas. 

 Tips:Sila pergi weekdays sebab tak sesak dengan penduduk tempatan. Aku pergi masa hari Isnin. Kalau tak nanti korang yang naik angin sebab tak dapat tangkap gambar.haha!

 Hanya pelancong asing sahaja akan diberi kain sarong tu. Mesti dipulangkan masa exit nanti. 

 Cuaca masih sejuk dan tidak panas pada waktu ni. 

 Macam mana diorang boleh ukir dinding ni? Setiap dinding candi ni dihiasi dengan pelbagai jenis arca.

 Antara laluan untuk ke bahagian tepi candi. Candi ni ada 3 tingkat dan setiap tingkat hampir sama sahaja ukiran diorang.

Patung singa ni digambarkan sebagai penjaga kepada candi ini. 

 Arca Patung Buddha.

 The other side of Candi Borobudur. View yang sangat cantik dan menenangkan:)

 Nampak tak gunung tu?Tu la Gunung Merapi yang ktorang akan pergi lepas ni. Kadang awan tebal dan menutupi Gunung Merapi tu. Ikut naseb korang dapat tengok ke tak.

Dikelilingi dengan banyak stupa. Kalau korang perasan barisan pertama ialah stupa berlubang persegi dan barisan kedua ialah stupa berlubang belah ketupat. Yang atas tu merupakan stupa yang terbesar dan tertinggi. Stupa utama ni digambarkan polos tanpa lubang-lubang seperti di atas.

Antara panorama view Candi Borobudur. Subhanaallah. 

Dari Borobudur ke kaki Gunung Merapi memakan masa hampir 1 jam juga. Sampai sana suasana sejuk dan sedikit mendung tapi aku n Fyfy nak jugak amik jeep untuk sampai dekat dengan Gunung Merapi. Pakej jeep dibahagi dengan 4 orang. Ktorang memilih untuk melalui medium route yang memakan masa 2 jam. Driver jeep akan berhenti disetiap point yang telah ditetapkan.

 Entrance to Gunung Merapi. Orang kat sini panggil Gunung Kaliadem.

Jeep yang ktorang naik untuk ke kaki Gunung Merapi ni. Memang adventure,sakit-sakit badan. So sesiapa yang jenis tak biasa aku rasa memang akan pening kepala dan muntah. Depends juga pada jenis route mana yang kita pilih tadi. Overall memang sangat best!

 Tempat pertama yang ktorang lawat. Mini Museum Sisa Hartaku merupakan bekas rumah antara penduduk kampung yang terkesan dengan letusan Merapi pada tahun 2010.

Kerangka sapi, ayat Al-Quran yang tidak terbakar, sisa-sisa pakaian, jam yang terhenti menunjukkan waktu meletusnya Gunung Merapi, bekas gamelan dll banyak disimpan di mini museum ini. 


Next, ktorang terus ke destinasi seterusnya untuk melihat Gunung Merapi ni dengan lebih dekat. 

 Masa ni awan sangat tebal. 

Ini ialah bangker. Kira macam salah satu tempat inisiatif untuk selamatkan diri jika berlaku kecemasan. Masa meletusnya Merapi tahun 2010 telah mengorbankan 2 orang penjaga gunung yang telah berlindung dalam bangker ni. Namun ktorang diberitahu bangker ni hanya dapat menyelamatkan dari asap tebal gunung berapi sahaja. 

Guide telah bawak ktorang kat salah satu kawasan gunung berapi yang batunya masih panas. Serius! Walaupun telah 5 tahun kejadian tu berlaku, namun kehangatan batu masih jelas terasa. Allahuakbar. Hebatnya kekuasaan Allah SWT.

 Sekitar Gunung Merapi.

 Gunung-gunung semua menghijau. Tak dapat bayangkan masa meletusnya Merapi tu. 

Aktiviti seharian masih berjalan seperti biasa. Banyak lori-lori akan datang untuk ambil batu-batu besar kat sini.

Bunga Abadi Gunung Merapi.Yang berkaler-kaler ni sebab diorang celup pewarna.huhu. Bunga ni takkan layu selama 2 tahun jika tak kena air. Dasyatkan?

Masa ni berangin je. Sejuk. Susah nak tangkap Merapi ni sebab awan tebal.
Tips: Better pakai shoes sebab korang akan panjat batu-batu ni. 

Alien's Stone. Sama kan? Ada mata,hidung dan mulut. Batu ni dikatakan muncul selepas meletusnya Merapi pada tahun 2010. 

Kitorang teruskan perjalanan ke Candi Prambanan,last stop untuk aktiviti hari ni. Apa yang aku boleh simpulkan, kawasan candi sangat besar. Korang akan buat satu pusingan dimana tak boleh keluar ikut pintu korang masuk. Memang banyak berjalan. 

 Candi Prambanan. Sebuah candi peninggalan agama Hindu yang terbesar di Indonesia dan candi tercantik di Asia Tenggara. Menjulang tinggi sehingga 47 meter (5 meter lebih dari Candi Borobudur)



Candi Prambanan memiliki 3 candi utama iaitu Candi Wisnu, Brahma dan Siwa,sama macam kita belajar dalam Sejarah kan?hehe

Di candi Prambanan juga ada pertunjukan Ramayana setiap malam. So sesiapa yang berminat boleh la amik pakej untuk menonton sekali.



Ni merupakan Candi Siwa yang terletak di tengah-tengah dan paling tinggi bangunannya. 

Panorama view of Candi Prambanan

Overall, aku dapat simpulkan Jogja penuh dengan sejarah yang tersendiri. Dapat tengok sendiri candi-candi, even gunung berapi yang masih aktif sangatlah menerujakan dan pengalaman yang aku tak dapat lupakan. Banyak lagi candi dan gunung berapi yang aktif di Jogja. Pencinta alam dan sejarah wajib datang sini!

Kat sini disertakan full details expenditure sepanjang aku kat sana. So, korang boleh jadikan rujukan dan penambahbaikan:)

Hari
Details
Harga/RM
Harga/IDR
Sabtu
a) Teksi  office ke KL Sentral
b) Roti,Air Mineral,Mentos
c) Bas KL Sentral - KLIA2
d) Lunch (Asam Laksa)
e) Teksi Adisujipto Airport - Hotel
f) Dinner (Kuetiaw Goreng + Limau Madu Suam)
g) Entrance Fee Taman Lampion
h) Teksi return hotel - Taman Lampion
14.00
7.60
10.00
10.50




50,000.00
34,000.00
15,000.00
25,000.00
Ahad
a) Mineral,Mentos
b) Motor Rent 1 Hari
c) Petrol
d) Parking
e) Entrance Kraton
f) Entrance Taman Sari
g) Lunch (Nasi + Ayam Pedas + Jus Alpokat)
h) Tour Prambanan,Merapi,Borobudur (Supir + Petrol)
i) Entrance Pantai Parangtritis + Parking
j) Tea Botol
k) Dinner (Mie Ayam + Milo Panas)
l) Laundry (Iron Not Provided)

6,700.00
 30,000.00
 7,500.00
 3,000.00
 12,500.00
 12,000.00
 24,200.00
 150,000.00

 5,000.00
6,000.00
 21,000.00
 10,000.00
Isnin
a) Mineral,Roti
b) Teksi Hotel - Tour Agency
c) Pakej (Borobudur + Prambanan Entrance Fee)
d) Merapi Entrance Fee
e) Satu Jeep,Medium Route + Guide (450,000   IDR)-Bahagi 4 pax
f) Lunch (Soto)
g) Ojek to Angkringan per motor
h) Kopi Joss
I) Dinner (Gudeg + Air Suam)
j) Teksi Jalan Malioboro - Hotel

7,500.00
11,250.00
375,000.00
3,000.00
112,500.00

8,000.00
25,000.00
4,000.00
32,000.00
17,500.00
Selasa
a) Hotel - Jalan Malioboro
b) Lunch (Nasi + Es Limau + Ayam Penyet)
c) Jalan Malioboro - Airport
d) Air Oren
e) Bas KLIA2 - KL Sentral
f) KL Sentral - Office (Sorry to Say, Lepas GST teksi da naik harga!!!)




10.00
20.00
20,000.00
31,000.00
35,000.00
8,500.00
Total
72.10
1,102,150.00
Convert(IDR – MYR)
-
3,484.32
Total (RM)
72.10
316.32
Overall Total/Person(RM)
388.42

Mission untuk trip bajet kali ni aku rasa berjaya la. Aku rasa korang pun boleh buat jugak! So boleh book cepat-cepat tiket. AA tengah buat sale tu!hehe


"Travel as much as u can, as far as u can, as long as u can, life's not meant to be lived in one place"

Special Region of Yogyakarta, Indonesia

So aku rasa entry untuk trip Jogja sampai kat sini sahajalah. Kalau boleh aku nak letak semua gamba.haha! Haa..Tunggu entry aku lepas ni sempena cuti hari pekerja aritu..Stay tuned!:):)






No comments: