2016. Cepat je masa berlalu. Tahun ni dah 25 tahun. Kalau ikutkan saving pun nak travel pun nak? Macam mana tu? Kali ni aku berkesempatan untuk ke pulau lagi. Ramai duk tanya tak bosan ke asyik pulau je? Berbeza tau laut dengan darat ni. Masing-masing ada keistimewaan sendiri. Bagi aku, dengan kawan aku dapat explore laut, dengan family aku dapat explore kehijauan alam. So alhamdulillah aku dapat rasa kedua-dua sekali. So sebelum berceloteh dengan lebih panjang, lets begin. Bismillahirrahmanirrahim:)
Friends for almost 6 years. Diberi kesempatan lagi untuk travel, berkongsi minat, keinginan dan explore the world bersama sementara masing-masing masih bujang. Jangan lupa kita boleh triple date lepas ni. Yeay!!
Nah aku share dulu trip dan iti sepanjang ktorang ada kat sana.
Bajet Trip Lombok
2016 (Per person)
MYR 1 = IDR 3164.56
Hari
|
Details
|
Harga/RM
|
Harga/IDR
|
Sabtu
|
a)Bas KL Sentral –KLIA2
b)Lunch at KLIA2
c)Mineral water
d)Dinner at Balap Puyung (recommended) + mineral water
|
11.00
10.50
2.20
|
40,650.00
|
Ahad
|
a)Guide for 5 days(mobil, guide, petrol, speed boat to Gili Trawangan
return & etc)
b)Local guide at waterfall
c)Lunch
d) Cidomo from hotel to ombak
sunset (return)
e) Dinner at Night Market (Seafood)
|
850,000.00
100,000.00
57,000.00
66,666.66
70,000.00
|
|
Isnin
|
a)Island hopping at 3 gilis (private boat / 6 persons)
b)Lunch
c)Hi-tea
d)Bicycle rental (5 hours)
e)Dinner
|
175,000.00
70,000.00
35,000.00
40,000.00
15,000.00
|
|
Selasa
|
a)Go to Gili Nanggu, Kedis & Sudak (included)
b) Lunch at Gili Sudak
b)Dinner
|
62,500.00
58,000.00
|
|
Rabu
|
a)Cover Tanjung Aan,boat to Batu Payung, Bukit Merese, Pantai Mawun,
Sade Village ,shopping and transfer to airport (included)
b)Lunch
c)Dinner dalam flight
|
70,000.00
|
|
Total
|
41.70
|
1,709,816.66
|
|
Convert(IDR – MYR)
|
-
|
3,164.56
|
|
Total (RM)
|
41.70
|
540.30
|
|
Total/Person(RM)
|
582.00
|
Bil
|
Item
|
Harga/RM
|
1.
|
Renew Passport
|
200.00
|
2.
|
Flight Return
|
102.92
|
3.
|
Hotel / per pax
a)Sunsethouse, Sengigi (1 night)
b)Diversia Diving Club & Bungalows, Gili Trawangan(2 nights)
c)Hammerhead Hotel, Kuta(1 night)
|
83.65
254.90
99.69
|
Total/Person
|
741.16
|
Overall Total : RM582.00 + RM741.16 = RM1,323.16
Banyak lagi yang korang boleh cut cost dari segi penginapan, supir dan kali ni aku kena renew passport tu yang additional RM200 pulak.huhu. Memandangkan masa aku nak fly tu, banyak pulak baca scam2 kat Lombok terutamanya masa di Gili. Jadi ktorang amik keputusan untuk upah supir termasuklah aktiviti sepanjang di sana.
Supir memangla banyak pilihan seperti yang dikhabarkan dekat BBM, ig etc. Berbagai-bagai range harga yang korang boleh dapat. Dari yang mahal sampailah serendah-rendahnya. So, jalan selamat aku memilih untuk amik yang medium maka dengan itu, ktorang go for @lomboksumbawa_trip atau @awenk69. Korang boleh check out kat instagram. Siap pakej dengan tour guide yang ganteng haha!
Next ktorang terus menuju ke hotel yang telah ditempah di Senggigi. Fyi, pakej ni tak termasuk hotel. Semua hotel ktorang book sendiri. Perjalanan memakan masa dalam 1 jam. Sebenarnya di Lombok pada masa itu sedang menyambut Pesta Bau Nyale. Haa nanti aku akan cerita kisah Bau Nyale ni. Malam tu jugak diorang buat acara memanggil hujan. No wonder la kat Lombok hujan lebat sangat sampai flight ktorang pun tak boleh nak landing. Seram weh!
Haa ni la Tiu Kelep tu. Normal la macam waterfall kat Malaysia pun. Sejukkkk.
Both waterfall ni terletak di kaki Gunung Rinjani. Insyaallah next time datang sini nak try hiking pulak. Tiu kelep tu sendiri bermaksud kolam terbang dimana buih-buih air yang berterbangan.
Harga yang ditawarkan ialah IDR850K/pax lebih kurang RM268.59 selama 5 hari termasuk petrol, supir, boat return but exclude makan. Murahkan?
Ada yang lagi murah dimana korang boleh dapat IDR 500K, haa yang tu aku tak berani sebab terlalu murah takut ada hidden charges nanti.
Ni la Mas Awenk. Aku yang book so haruslah nama aku haha. FL jangan jealous. Disebabkan keadaan kat luar ni macam tak terkawal, laju-laju snap tu yang gegar.
Seriously aku tak tahu kenapa sampai macam ni. Siap ada RELA yang jaga. Diorang tak dibenarkan masuk kedalam airport pun. Maaf ye orang-orang kat sini jenis memotong barisan, agak kasar dan silalah berhati-hati.
Selepas keluar dari airport, ktorang langsung ke Rumah Cahaya iaitu kedai makan untuk menikmati makan malam. Bagi memudahkan proses, semua orang order Nasi Balap Puyung dan ianya sedap serta murah gilerr. IDR10K sahaja.
Pelecing kangkung. Dihidang bersama tauhu. Nampak marbeles kan? Sedap & pedass!!
Ni la nasi balap puyung tu. Pakai ayam kampung
Sunsethouse, Sengigi. Sangat selesa dan bersih. Hanya tidur 1 malam sahaja sebab keesokan harinya ktorang akan bergerak ke waterfall langsung ke Gili Trawangan.
On our way for breakfast. Memang menghadap Pantai Sengigi. Food pun nice!
Room ni betul-betul berhadapan dengan laut. How i wish!
Sengigi Beach. Antara yang mula-mula popular kat Lombok ni.
Sebelah hotel ktorang. Memang banyak lagi hotel area kawasan ni.
Tinggi sangat tangan kau tu jemah. Orang tak pandai guna gopro macam ni la
(-_-)
First stop, Villa Hantu. Awenk kata viral kat group BBM pasal villa ni. Tak da la berhantu sebenarnya cuma villa ni ditinggalkan separuh siap atas sebab-sebab tertentu.
View dia memang pergh! Memang port yang sangat terbaik bagi si pemilik villa.
The other side of villa.
Hijau, turqoise, biru memang menawan
View from top of Villa Hantu.
Kami meneruskan perjalan ke waterfall. Ni la mobil yang ktorang dapat sepanajng berada kat sana.
Belakang tu 3 gili tu. Gili Meno, Trawangan dan Air.Kalau supir korang baik, dia mesti akan stop-stop kat port2 yang menarik sepanjang jalan ni. Kalau korang tengok dalam google maps nampak la 3 pulau kecik tu hehe
LOMBOK. Hampir 100% penduduk kat sini berketurunan Sasak, yang mana sebahagian besarnya beragama Islam. So bahasa memang tak jadi masalah la bila korang travel sini. Lombok terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Lombok Timur, Barat, Utara, Tengah dan Bandar Mataram. Dulu orang Malaysia especially memang fobia dengar perkataan "Lombok" ni. Takut kena culik. hehe
Saje intro sikit-sikit pasal Lombok ni. Jom kita teruskan trip ni. Rasa seronok sangat sebab ktorang memang lalu jalan sepanjang pantai. View memang superb.
First stop, Villa Hantu. Awenk kata viral kat group BBM pasal villa ni. Tak da la berhantu sebenarnya cuma villa ni ditinggalkan separuh siap atas sebab-sebab tertentu.
View dia memang pergh! Memang port yang sangat terbaik bagi si pemilik villa.
The other side of villa.
Hijau, turqoise, biru memang menawan
View from top of Villa Hantu.
Kami meneruskan perjalan ke waterfall. Ni la mobil yang ktorang dapat sepanajng berada kat sana.
Belakang tu 3 gili tu. Gili Meno, Trawangan dan Air.Kalau supir korang baik, dia mesti akan stop-stop kat port2 yang menarik sepanjang jalan ni. Kalau korang tengok dalam google maps nampak la 3 pulau kecik tu hehe
Perjalanan diteruskan menuju ke waterfall seperti yang ktorang plan. Memakan masa hampir 2 jam ye dari Sengigi ke waterfall. Waterfall diberi nama Sendang Gile dan Tiu Kelep. Kat sini berlaku sedikit salah faham dimana ktorang terpaksa hire seorang guide dengan harga IDR100K/ seorang walhal entrance fee cuma IDR10K sahaja. Cis! Ini bukan salah Awenk ye, menjadi tradisi disini kerana tourist guide perlu menghantar pelancong kepada orang-orang kampung disini.
Ni la pintu masuk waterall tu.Hehe, this time ktorang pergi dengan family FL. Thanks to pak cik, mak cik yang belanja ktorang. Kalau nak datang sini memang cun la kalau 6 orang, sebab ngam ngam je dlm mobil dan extra fun hehe
Perjalanan memakan masa dalam 20-30 minit depends on our stamina la. Kat sepanjang trail ni ada banyak monyet yang berkeliaran as long as korang tak sua makanan dia, okayla
Route untuk ke waterfall. Agak mencabar stamina sebab naik turun,landai,naik turun. So kalau nak datang sini korang boleh buat light training dulu hehe
Hijau kan?tenang je rasa. Serius
Inilah antara extra yang korang boleh dapat kalau hire guide. Balik dari waterfall kita boleh lalu dalam terowong tu. Antara peninggalan zaman penjajah kat sini.
Teruja sangat sebab terasa kesejukan air kat sini.
Ni la antara penghujung terowong tu. Air sangat jernih dan deras.
First waterfall : Air Terjun Sendang Gila
Both air terjun ni terletak di kak Gunung Rinjani. Haih bila pulak kita nak hiking Rinjani.hu
Unik sangat sebab air tu cetek je. Memang terbaik!
Jalan menuju ke Tiu Kelep
Pemandangan sekeliling.
Seriously aku memang kagum tengok air kat longkang ni. Jernih sangat sangat.
Sekarang ni kita layan warna hijau je. Next entry warna biru pulak hehe
Masa ni nak sampai da Tiu Kelep. No words can describe this.
Tu dari jauh dah nampak.
Next, ktorang teruskan perjalanan ke another one Tiu Kelep waterfall. Berjalan sekitar 20-30 minit jugak. Orang kata Tiu Kelep ni lagi cantik. Jom kita layan gambar.
Jalan menuju ke Tiu Kelep
Pemandangan sekeliling.
Seriously aku memang kagum tengok air kat longkang ni. Jernih sangat sangat.
Sekarang ni kita layan warna hijau je. Next entry warna biru pulak hehe
Perjalanan ke sini bukan senang ye. Berliku-liku yet very adventure and woah. Breathtaking view sepanjang jalan. Waktu ktorang sampai tak ramai sgt. Waktu kemuncak dalam pukul 12 tengahari macam tu.
Masa ni nak sampai da Tiu Kelep. No words can describe this.
Tu dari jauh dah nampak.
Haa ni la Tiu Kelep tu. Normal la macam waterfall kat Malaysia pun. Sejukkkk.
Next, ktorang terus lunch kat situ sebelum bergerak ke Bangsal untuk ke Gili Trawangan. Aku rasa stop sampai sini dulu la. Sebab kalau sambung sampai bulan depan tak habis entry ni. hehe
"A comfort zone is always a beautiful place but nothing ever grows there"
Air Terjun Tiu Kelep, Lombok Utara, Indonesia
No comments:
Post a Comment