As usual aku nak sambung entry end year trip ke Hangzhou. Nak cepat-cepat tulis sebab tak sabar nak update untuk next trip pulak. HAHA! Aku baru je balik dari Lombok, Indonesia. So marilah kita menghabiskan entry ini dengan cepat. hehe
Stay di Hanting Express. Sesuai untuk backpackers. Katil keras sikit hehe. Dekat dengan Pheonix Temple (masjid). Nampak tak belakang tu ada tulis HALAL. Memang banyak restoran halal area sini.
Memandangkan ktorang tak meneruskan perjalanan ke Tunxi, maka pulanglah ktorang ke Hangzhou dan percutian masih berbaki 3 hari. Banyakkan?haha. Plus musim hujan dan berkabus, banyak benda yang tak dapat berjalan dengan lancar. So ktorang decide untuk menghabiskan masa kat sini je walaupun Shanghai cuma 1 jam sahaja dari Hangzhou dengan menaiki train.
Alhamdulillah ayah berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat disini. Tak sama ye dengan Malaysia. Waktu untuk solat jumaat ni hampir memakan masa selama 2 jam, sampai ktorang risau la ayah tak balik-balik. huhu
Jom kita tengok gambar suasana kat sana.
Jom kita tengok gambar suasana kat sana.
Feng Huang Si. Pheonix Temple.
Ni la pintu depan masjid. Pelancong tak dibenarkan masuk pun.
Bahagian dalam masjid. Ayah yang snap.
Khusyuknya semua orang hehe. Khutbahnya memang ckp cina la.
Banyak jugak stall-stall orang berniaga sebelum dan selepas solat jumaat ni. Memang ramai orang-orang muslim (mostly berkopiah).
Dari seberang dah nampak. Stall-stall ni bersebelahan dengan masjid je.
Ralit diorang ni tengok ktorang. Masa solat jumaat ni la baru kita nampak ramai orang muslim keluar.
Sini pun ada tram jugak.
Malaysian chinese, jumpa kat area masjid ni.
Tak ingat dah berapa harga sekilo. Nuts tu semua sedap. Haih rindunya kat sana.
Antara stall yang ada. Malangnya dalam jam 3 petang, banyak polis-polis datang nak halau suruh tutup kedai.
Kat Hangzhou ni memang famous la satay cucuk ni. Makan panas-panas musim sejuk uuu memang walah.
Untuk shopping kat sini, Hefang Street antara yang famous. Kira macam Jalan TAR atau uptown la. haha. Bila malam lagi ramai dan meriah. Kalau kata rate tidaklah murah mana tapi kalau korang pandai bargain. Orang sini tidaklah segarang di Beijing dimana diorang tidak memaksa kita untuk beli pun.
Along the way to Hefang Street. 15 - 20 minit jugak dari hotel. Sebelah kanan ni masjid. Area sini memang banyak lagi hotel-hotel. Tapi Middle Zhongshan Road ni ialah antara jalan masih dikekalkan keasliannya. Kereta atau teksi tidak dibernarkan.
Alhamdulillah. Jumaat yang barokah
Alhamdulillah. Jumaat yang barokah
Hefang jie Street. Kebanyakan semua bangunan kat sini melambangkan the evolution of old commercial buildings plus a mixed Western-style.
Budaya memandu tak sama macam kat Malaysia. Diorang ni kalau orang lalu diorang akan slow dan berhentikan kereta. Cuba kalau kat sini, berparang atas jalan tu haha
Kira He Fang street ni syurga shopping lah.
Ni la patung simbolik kat Hefang Street tu.
Semakin malam,semakin ramai pengunjung. Ada jugak jumpa dengan orang India yang dah bekerja 10 tahun kat Malaysia datang sini jual roti canai hehe
Diorang pelik tengok sebab ktorang je yang duduk haha!
Ni la kenderaan yang dibenarkan untuk melalui jalan sini. Kalau ikutkan memang jauh sampai kehujung. Tak larat boleh naik hehe.
Perjalanan diteruskan pada malam hari. Bandar ni sangat penuh cahaya warna warni.
Pergi jugak Wushan Night Market tapi macam tak ada ape je sebab hujan. Tak banyak benda menarik yang dijual pun.
Overall, pengalaman yang sangat menarik buat aku. Banyak mengajar aku kesabaran dan kesusah payahan nak travel secara backpackers. Dengan sepatah haram bahasa diorang pun tak tahu haha. Well, it is very interesting experience yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Korang dapat explore sesuatu tempat tu dari A sampai Z. For example, kalau korang follow tour, memang tak dapat la nak tawan peak yellow mountain tu.
Okay la, sampai sini je kot, aku akan sambung next entry secepatnya. Kalau ada sebarang pertanyaan dipersilakan.hehe:)
Okay la, sampai sini je kot, aku akan sambung next entry secepatnya. Kalau ada sebarang pertanyaan dipersilakan.hehe:)
Check out at Beihai Hotel, Huangshan. Insyaallah ada rezeki ada jodoh aku nak datang lagi sini:)
Terima kasih mak ayah!
" The world is big and i want to look good at it before it gets dark "
Hangzhou, China
No comments:
Post a Comment