Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setelah seminggu barulah ada mood balik untuk menaip. Kalau lama tak bukak memang la malas nak menaip.huhu. So aku kembali untuk menyambung cerita tentang trip aku ke Jogja.
Untuk hari kedua, aku n Fyfy decide untuk amik pakej bersama "Nomad Tours" untuk cover Candi Borobudur, Gunung Merapi dan Candi Prambanan. Tour ni pun ktorang cari kat sana, area Jalan Malioboro. Reasons sebab apa aku amik tour ni ialah dari segi faktor jarak yang jauh dan tidak tahu selok belok untuk ke destinasi kali ini. Plus kos untuk tour ni merangkumi driver, minyak dan parking dengan hanya IDR150,000 atau lebih kurang MYR40++ untuk trip one full day (10 hours). Dalam satu Avanza aku, Fyfy dan 2 orang lagi mat saleh. So selesa dan tak payah bersempit-sempit.hee
Destinasi pertama ktorang ialah Candi Borobudur. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam. Ktorang dioffer untuk amik pakej masuk ke Candi Borobudur dan Candi Prambanan dengan harga IDR 375,000 berbanding beli secara berasingan. Perbezaan yang ketara diantara pelancong asing dan penduduk tempatan. Tiket masuk untuk penduduk tempatan cuma berharga IDR30,000. Jangan mimpi untuk menipu sebab masa entrance nanti diorang akan mintak kad ID. Masak korang masa tu.HAHA!
Ktorang diberi masa 2 jam untuk di dalam candi ni.Jom layan gamba..
Sekitar taman yang ada di dalam kawasan Candi Borobudur. Luas.