Wednesday, 17 May 2017

#ceritaholidayput3 - Trip to Banda Aceh (Part I)

Assalammualaikum semua,

Setelah berapa lama tak berjalan, alhamdulillah tahun ni berpeluang juga ke Banda Aceh, Indonesia. Well, macam biasa tiket dibeli sewaktu promotion AA, which is mase tu grab dapat RM150 return but aku rasa boleh dapat murah lagi.

So kita terus straight to the point la. Sejarah Acheh korang boleh google kot kan? Why Banda Aceh? Sebab kawan-kawan aku ni gila laut. So kitorang decide untuk try sana pulak. Khabarnya cantik. so kita check out cantik ke tidak..hehe. Btw, seminggu sebelum ktorang book hotel gempa bumi dekat Pidie Jaya, kira dekat la jugak ngan Aceh, Tapi bila tanya tour  guide, dia kata insyaallah selamat.

Bab tour guide pulak, memandangkan semua bz sangat masa tu, so ktorang terus decide untuk book guide untuk bawak kemana sahaja plan ktorang selama 4 hari 3 malam kat sana. Korang boleh tengok insta dan fb "Jakmeen". Recommended dan bagus servisnya!


 Sekali pandang tak pe. Jangan dua kali nanti taku hatiku tertinggal di Aceh. Ahak! Kenalkan ni la Bahrul Hilmi (BH) yang menjadi guide dan driver ktorang selama 4 hari disini :)

Flight pagi around 8.30 pagi dimana memakan masa cuma 1 jam 15 minit. Sejurus tiba, aku merasakan kelainan berbanding Lombok yang sebelum ni. Orang-nya lebih sopan santun, cowoknya juga semua smart2 haha. Seriusly berbeza keadaan dekat Lombok. Ktorang dijemput oleh Bahrul Hilmi (BH) untuk aktiviti hari pertama di Banda Aceh. Masa disini lewat sejam dari Malaysia.


 Imigresen checkpoint. Curi-curi ambil gambar walaupun tak boleh.hehe

 Suasana di luar airport. 

Sambil menunggu mobilnya sampai.

Aktiviti pertama disini ialah ke Pantai Pasir Putih which aku boleh label sama macam Port Dickson etc. Tapi dikhabarkan oleh BH kawasan ni semua terkena tsunami pada Dec 2004, 12 tahun yang lalu. Memandangkan ktorang sampai pagi, so memang tak meriah, maybe hari bekerja kan. Plus pergi musim hujan so awan banyak menutupi langit biru. Haih selalu salah timing. Tips; Tiket murah means selalunya mesti low season hehe. 


Jalan menuju ke pantai ni gak bengkang bengkok. Tapi bila kkita tengok view macam ni hilang semua penat lelah tu. Fuh~ 

Menurut BH, kawasan ni semua terkena mala petaka tsunami yang berlaku 12 tahun yang lalu.  

Banyak pokok bakau juga kat sini. Airnya tenang dan jernih gila. What else can we do here? Snap gambar sampai lebam >_<

Semua pantai yang aku pergi, semua cantik. 


Air jernih, rasa nak baring atas pelampung dan baca majalah. Serius. Tenang je. Mungkin tenang sebab dapat releasekan otak ni dari kerja kot. hehe. Snap gambar je da 2 jam.haha.

Diteruskan ke Bukit Seoharto untuk melihat keseluruhan view Pantai Pasir Putih. 


Semasa tsunami pantai bawah tu semua habis dalam sekelip mata.

So perjalanan diteruskan untuk makan tengahari. Konsep yang aku suka ialah murah dan sedap. Kita boleh request kat BH apa yang menarik kat sini. So dia pun bawak ktorang pergi kedai style2 nasi padang. Sampai-sampai terus letak nasi, pelbagai jenis lauk. Terkejut pun ada tapi tu memang dah budaya diorang. Kalau tak nak makan jangan usik so nanti tak adelah di charge. Bagi aku macam kurang hygenic sikit la sebab makanan akan terdedahkan. Overall aku bagi 3 bintang. Total lunch IDR213K.



Kumala Hotel. 1 malam disini.


Just nice. Bilik agak kecik. Ngam2 je nak solat kat depan tu. 

Selesai check in di Kumala Hotel, Museum Aceh menjadi tarikan kedua disini. So faham2 la kalau dah nama pun museum, kalau tak minat sejarah boleh tidur dibuatnya. zzzzzzzzzzzzzzzzz hehe


5 of us. Usually ber-3 je. Well lagi ramai lagi happening.Yeahh
Baru aku sedar aku tak banyak tangkap gambar dalam museum ni. haha! Takpela kita move on to the next museum. 

Musium Tsunami Aceh, dimana menjadi antara tarikan utama pengunjung luar negara macam ktorang ni. Kat sini tersimpannya sejuta kenangan yang tak ternilai dan akan menjadi kenangan sampai bila-bila bagi penduduk di sini terutamanya. Disematkan dan diabadikan momen-momen bagaimana terjadinya gempa bumi disusuli dengan tsunami besar yang mengorbankan hampir 200,000 ribu penduduk Aceh pada 24 Disember 2004 jam 7.55 pagi. 


 Museum Aceh. Senibinanya juga merupai sebuah kapal.

Antara negara yang membantu Aceh untuk membangun seperti sedia kala. Cuba cari mana Malaysia? hehe



Antara sisa peninggalan bangkai helikopter yang diletakkan disini untuk pameran.

Pengambaraan ke dalam museum dimulakan dengan gambaran seperti kita berada di dalam gelombang tsunami ketika tu. Gelap dan takut. Meremang bulu roma. Korang kena cuba. Diteruskan dengan melihat video-video dan gambar keadaan dan kesan dari tsunami.  

Terus menuju ke satu ruang. Sebak, insaf, takut, satu perasaan yang tak tergambar dek akal jika terjadi pada kita ketika itu. Macam mana perasaan dan keadaan kita pada waktu tu? Tu je yang mampu aku katakan.  Nama-nama penduduk Aceh yang meninggal dunia diabadikan di dinding sebagai kenangan. Memberi satu ujian dan tamparan yang hebat buat penduduk Aceh dan seluruh rakyat Indonesia pada ketika itu. 


Main attraction. 

Antara nama-nama penduduk yang terkorban semasa Tsunami 26 Dec 2004. 

Kepada-Nya kita akan kembali. 

Dikenali jugak sebagai kapal apung Lampulo. Kapal yang tersangkut di atas rumah Bapak Misbah dan Ibu Abasiah. Melihat sendiri terasa Ya Allah. Haih korang kena datang la tengok sendiri.

Bahagian belakang kapal. 

Seramai 59 orang yang terselamat di atas kapal ni.  Mereka menganggap ada bantuan yang datang untuk menyelamatkan mereka sedangkan ianya dihanyutkan oleh ombak tsunami ketika itu. Penduduk disini telah naik ke atap bumbung sebelum didatangnya kapal ini untuk menyelamatkan mereka. Disaksikan sendiri mereka tsunami yang datang menyerang sebanyak 3 kali.

Aceh juga terkenal dengan keaslian coffee/kopi nya. Lepas penat dalam muzium tu ktorg lepak satu coffee house tepi jalan ni ha. Enak sungguh kopinya tapi aku bukanlah seorang pentegar coffee. So bukan taste aku. Korang kena cuba kentang goreng diorang sebab buatannya asli bukan 3 in 1 mcm kat tesco tu. hehe.

Sebabkan tadi macam hi-tea sahaja, selepas magrib ktorang menuju ke kedai makan dimana disini juga famous dengan nama "Mie Acheh". Sedulunya masa aku ke Jogja, aku juga pernah makan mie acheh ni. Mie acheh ni seperti mee kuning biasa, namun dari segi pembuatannya yang original dan asli. 


Haa ni la rupa mie acheh tu. Boleh kongsi 2 orang oi. Banyak!

Okay, aku akan sambung untuk next entry yang mana menjadi tarikan utama jugak bagi pencinta-pencinta pulau. Stay tuned!


Kita bagi teaser sikit.

Pulau Weh, Indonesia








No comments: