Hi, Assalamualaikum:)
Punyala lama nak hupdate kali ni punya. Malas tu satu, kekangan masa pun ye jugak.Tapi, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk share dengan korang my previous trip to Lombok. Best tak?Insyaallah kalau diberi kesempatan ke Lombok, aku nak try hiking Rinjani pulak. Orang kata kalau ke Lombok tak ke sana tak sahkan?
Btw, nak travel ni tak payah pun simpan duit bebanyak melainkan kalau korang nak g tempat yang currency-nya tinggi dari Malaysia la.
Seperti yang aku janji, aku nak kongsikan sedikit cerita pasal pesta "Bau Nyale" tu. Kebetulan masa ktorang datang tu diorang tengah sambut so kiranya pesta tu dah jadi adat di Lombok ni. Dipercayai terdapat seorang puteri yang cantik diberi nama Puteri Mandalika yang menjadi kegilaan pangeran-pangeran di sini. Untuk mengelakkan peperangan di antara satu sama lain, puteri ni telah terjun dari batu ke dalam laut. Apabila penduduk mencari, apa yang diorang jumpa ialah cacing laut yang bewarna warni sahaja.
There goes how " Bau Nyale" got it name. Bau means catch while Nyale means sea worms. Pesta ni setahun sekali sahaja dalam bulan Februari. How lucky we are that time. Pagi- pagi lagi, penduduk setempat akan datang ke Pantai Seger dan mengutip cacing laut yang dipercayai boleh membawa tuah. Yess!boleh juga makan dan aku sendiri tanya dengan Mas Ayi, rasanya manis! Gitulah serba sedikit, jap lagi aku cerita habis penuh entry ni hehe
Credit to Google. Masa ni tak sempat untuk ke Pantai Seger sebab aktiviti full hari-hari.
Okay, sambung. Setelah kepenatan di waterfall, ktorang terus menuju ke Gili-Trawangan. Kali ni Mas Awenk hanya drop sahaja. Kat situ aku bayar half pada Awenk. Half lagi masa hari terakhir. Menaiki fast boat memakan masa hanya 15-20 minit sahaja, included in this package. Harga fast boat sahaja boleh mencecah IDR 850k-900k. Kalau korang nak try naik public boat pun okay, much cheaper. Anyway depends on your choice.
Ni la port untuk fast boat. Kalau public boat naik dekat another port.
Kemain heat. Terbako skin.
Very nice weather. Alhamdulillah.
Jetty di Gili Trawangan. Esaited tengok air.hehehe
Ktorang hotel stay is Diversia Diving & Clubhouse. From the jetty ya allah 5 minit je. Very close. So tak perlu amik cidomo. Jagung bakar kat tepi-tepi ni memang mengundang je.Cuba kalau kat negara sini haram tak pandang hahaha
Seperti yang korang tengok, tak ada kenderaan berenjin. cuma basikal dan kenderaan berkuda.
Such a very cozy, cute place that ktorang booked for 2 nights at Gili T ni.
Selesa dan besar. FYI, owner hotel ni bukanlah orang local Lombok ye. Mat salleh okay. Aapa boleh buat? Hotel kat sini mostly didominasikan oleh orang luar.
Petang tu jugak kitorang rushing kejar sunset dekat buaian yang famous tu. Mane la tahu kalau kalau esoknya hujan. Untuk mengejar masa ktorang terus ambil cidomo. Perjalanan pun memakan masa dalam 15-20 minit. Agak jauh jugak. Quite pricey IDR 100k untuk 3 orang tapi aku rasa sekarang memang harga dah fixed.
The view along the way to the famous Ombak Sunset. Banyak hotel-hotel mewah kat sini yang sesuai sangat untuk korang yang nak honeymoon tu :)
Thank God the weather was clear.
Well biasala have to queue. Macam biasa la awan tebal. Hanya dapat sipi- sipi je warna oren tu.
Ini la jadi kekdahnya. Takpala kita cuba pula tomorrow. :)
Malam tu ktorang makan di pasar malam (dekat dengan jeti) yang famous tu. Aku rasa situ je la tempat makan yang meyakinkan sikit. Diorang memang jual liqour semua tu . Korang pepandai la ye. Then terus cari pakej island hopping untuk keesokan harinya. Average rate yang aku pernah baca memang antara IDR 1 juta ke 1.2 juta. Setelah bargain dapat la 1.05 juta untuk satu boat. Ahaa ktorang amik pakej ni betul-betul depan pasar malam tadi. Kedai warna biru if tak salah.
Apa yang boleh cakap. memang awesome sangat. Ktorang sangat-sangat berpuas hati dapat snorkeling kat sini. Ktorang start dalam pukul 9:30 sampai la pukul 2.00 ptg. Style kat sini sama macam Boracay. Ada timing masa bukan macam Krabi yang selalunya 1-day tour. First point ialah peninggalan shipwreck. Just tengok melalui glass bottom boat.
First Stop
Memang dekat giler dengan permukaan air. Korang boleh jugak berdiri atas batu ni.
Its very beautiful down here.
My second time seeing turtle. First time di Perhentian Island.
Lunch dulu di Gili Air. so-so je la.hehe
Overall, snorkeling kat 3-gili ni memang best. Cantik sangat. Petang tu pun ktoranga da sewa basikal untuk kononyya ronda-ronda satu Gili Trawangan ni. Tapi hari hujan (naseb semalam da tengok sunset) dan jalan di sekitar gili ni tidak berturap so sakit bontot woi.Ada la 1/3 dari pulau ni je kot haha. Btw, bahaya jugak kalau malam sebab lampu jalan memang tak ada hanya di certain2 hotel sahaja. Please note eh girls especially!
Besoknya, perjalanan diteruskan lagi ke 3 Gili yang ada di Lombok ni. Perjalanan memakan masa dalam 1 jam setengah untuk ke Sekotong Barat dimana menempatkan Gili Nanggu, Kedis dan Sudak. Disini memang tak ramai pelancong. Khabarnya oleh Mas Awenk ikan disini lagi besar dan cantik berbanding Gili T.
Sebelum bertolak pulang. Purple bean ni memang famous kat Gili-T dimana memang betul-betul depan hotel ktorang:)
Haa tu la 3 gili di Sekotong Barat ni.
Ktorang lunch dulu di Gili Sudak. Menu Ikan ayam-ayam, pelecing kangkung, Well makanankat sini tak berapa sedap.
First stop. Gili Kedis. Memang cantik aie jernih dan tapak sulaiman bersepah-sepah dari anak sampai ke bapak tapak sulaiman. Kalau korang snorkeling tepi-tepi ni memang korang boleh nampak die bergerak-gerak. hehe
Haih tenang rasa. Rindu nak rilex-rilex macam ni lagi.
Private hotel di Gili Nanggu
Gili Kedis ni yang berbentuk love tau! Haa pergi la google sekarang.
Tak de la snap gambar ikan kat Gili Nanggu tu. Kat sana ada satu chalet sesuai la untuk romancinta yang nak berhoneymoon ke. Tapi ikan-ikan kat sini memang besarrrr dan warna warni. Besar tu sometimes scary jugak tapi lain lah dari yang kita snorkeling tengok ikan kecik-kecik tu. hehe
Next terus bergerak ke bandar Kuta untuk our last stay kat Lombok ni. Pilih untuk stay kat Kuta sebab ktorang nak cover another attraction kat Lombok ni iaitu Tanjung Aan. Kat sini banyak attarction seperti Batu Payung dan Bukit Merese. Lepas breakfast terus gerak untuk menikmati hari-hari terakhir disini. nasebla flight pukul 7 petang.
Ni la Tanjung Aan. Unfortunately hujan pagi tu. So korang kalau nak pergi tu tengokla weather chart okay. hehe. Berbentuk "C". Kalau korang nak tengok maps, klik Tanjung Aan
Kalau sampai je kat Pantai Aan ni, korang akan nampak ada bukit yang boleh panjat. Dari situ korang boleh dapat view macam ni. Aku rasa kalau musim panas konfem lagi cantik konfem jugak ramai orang hehe. Next dari sini kita akan naik boat kayu menuju keBatu Payung.
Ni la bukit yang korang boleh daki tu.
Nak menuju ke Batu Payung ni bukan senang ye. Jalan licin yang amat. Be careful okay. Ni Batu Penyu. Ada iras-iras tak?hehe
Dari jauh ni la ropenya Batu Payung tu. Memang kecikkkkk je sebenarnya. Tapi dari pelbagai sudut sometimes batu ni nampak besar.
Memang unik. Yang ni la dikatakan payung. Memang orang boleh duduk bawah batu ni. Dalam gambar barula nampak besar.haha. Masa ni ktorang ditemani beberapa anak-anak tempatan yang ponteng sekolah hari tu disebabkan oleh hujan. Baik diorang ni.
Dari sudut ni pulak, kita boleh nampak iras dan raut wajah seorang manusia. Memang terbaikla! Ktorang habiskan masa disini hampir 1 jam sebelom menuju ke next location
Haa belkang tu Tanjung/Pantai Aan. Dari Batu Payung, menaiki boat yang sama terus ke Bukit Merese. Dalam banyak-banyak tempat, yang ni la aku paling excited sekali. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe sebab scroll kat ig banyak gambar-gambar yang cantik kat sini. Apa yang korang perlu buat?
Yes! Korang perlu mendaki dari bawah untuk naik ke puncak ni. Wondering how can all these cow/buffalo climb up this hill? Tak payah lawa-lawa sebab korang akan berpeluh nanti. So pakaila seluar beinashu hehe
Separuh jalan, separuh mati hehe.
Allah Maha Besar, cantiknya tak terkata. Indahnya ciptaanmu.
Wearing my favourite pants from beinashu in maroon colour. View from other side. Kalau diberi masa untuk stay atas ni, aku rasa sehari pun tak cukup.
Kalau boleh nak jalan dari hujung ke hujung. Aha memang cantik kalau korang nak buat video klip atas Bukit Merese ni. Terbaik!
Leaving Merese Hills to Pantai Mawun by our MPV. Perjalanan tak lama pun actually. Tapi disebabkan kondisi jalan yang tak berapa okay, turun naik bukit so dalam 30 minit la. Pantai Mawun pun macam Tanjung Aan jugak. Membentuk seperti teluk dimana ombaknya tidak begitu besar tapi kena hati-hati kerana dalam. Ktorang tak mandi pun. Just tengok je sebab unik. Boleh klik sini kalau nak tengok maps.
Pantai Mawun, Lombok Tengah
Meneruskan perjalan atau ke destinasi terakhir sebelum ke airport. Cadangnya ke sasak untuk membeli buah tangan, namun tidak berapa menepati citarasa.
Mendengar sedikit sebanyak penjelesan dari orang asli/asal kampung ini dan seterusnya berjalan disekitar sini.
Penjualan batik disini agak lumayan/mahal. Cuci mata je la hehe
Meneruskan perjalanan ke Sasaku untuk membeli sedikit cenderamata walapun agak kemahalan. Aku rasa tu je la yang dapat aku abadikan untuk entry kali ni. Aku tak sanggup nak sambung lagi sebab tak tahu bila nak siap entry Lombok ni.haha
Dear Rinjani, agak-agak kita dapat jumpa tak?
So sebarang pertanyaan boleh direct tanya, jangan memalu. Bagi aku Lombok ni salah satu tempat yang selamat untuk korang travel. Diorang baik dan peramah. Kes culik bawa lari ke Lombok tu, salah siapa agak-agak?
Tradisi di Lombok, si teruna dan si dara memang sedang hangat bercinta, si teruna akan menculik si dara idamanya dan akan ditempatkan di rumah saudara si lelaki bukan direct di rumah family si lelaki tu. Sehari setelah diculik, keluarga si dara akan dimaklumkan dan dari situlah kedua-dua belah pihak akan berjumpa dan berbincang. Tradisi ni masih dijaga sehingga hari ini. Begitulah serba sedikit tradisi yang aku dengar dari orang sini. Agak-agak si dara kat sini memang diculik atau rela diculik?hahaha
Till then,
See u guys on my next sweet escape to Singapore!
Assalamualaikum:)
"All good things are wild and free"
Lombok, Indonesia