Wednesday, 18 November 2015

Permohonan Visa ke China

Assalamualaikum dan hai!

Aku baru je settle buat visa. Sekarang aku kena tunggu untuk collection sahaja.  Insyaallah aku akan menjejak kaki ke China buat pertama kalinya bulan depan dengan family. Kira end year trip untuk 2015. Penutup untuk tahun ni. Alhamdulillah. Thanks kepada mak ayah yang sedaya upaya untuk menggembirakan aku dan adik2. Adik-adik aku beruntung muda-muda dah diberi kesenangan. Kalau tak appreciate aku tak tahu la nak kata pa dah huhu.

Nak masuk China ni kena ada visa ye. Macam mana nak buat visa ni? Aku suggestkan korang bersusah la dulu sebelum bersenang kemudian. Dimana kalau boleh buat sendiri korang usahakanlah sebab kalau agent yang buat konfem diorang akan markup sampai 50%. Serius tak tipu! 

Yang pasti korang kena refer kat laman web "visaforchina". Dan aku rasa better korang bukak guna Internet Explorer. Banyak membantu aku untuk setelkan visa ni. Semua info updated and anything korang boleh terus direct call je.:)