Serius sebulan dah berlalu baru ada masa nak update entry ni. Soo macam mana dengan Boracay? Berapa bintang agak-agak nak bagi?ke dah ada yang survey tiket?hehe. Phillipines ada banyak lagi island yang cantik. Insyaallah ada rezeki lain aku nak berenang dengan whale shark pulak. So alhamdulilah kali ni diberi rezeki untuk merehatkan minda bersama family pulak. Tak jauh pun aku pergi, Johor je.
Sepertimana yang menjadi viral dan sensasi di instagram, fb, BBM dan sebaginya, Pulau Harimau, Mensirip dan Gaul menjadi tarikan aku untuk trip kali ni. Aku amik pakej dengan Khadija ni. Boleh direct contact (013.348.5171). Aku dapat pun lepas scroll #pulauharimau kat ig. Bersepah orang tawarkan pakej 3 pulau ni. Tapi dengan Khadija ni aku rasa harga berpatutan dari yang lain.
Dengan tidak semena-mena, 2 hari sebelum aku bertolak viral lagi mengatakan 3 pulau ni tak boleh masuk dah atas sebab pencerobohan rumah api. Tapi ada jugak kata satu manusia ni dah bawak basikal naik ke puncak. Haaaa, ni lah yang dikatakan kerana "nila setitik rosak susu sebelanga". So terpaksa move on dengan plan B. Pada mulanya aku amik pakej 3h2m tapi disebabkan hal tersebut khadija offer 2h1m dimana bermalam di chalet Pulau Besar. Pakej aku amik ni RM210/pax all in.
Lets start the journey:)
Lets start the journey:)
Ini bukanlah main jetty ye. Naseb jugakla abg-abg ni baik. Diorang ambil ktorang kat jetty lain untuk elak ktorang dari kena pelbagai jenis fees. Bak kata Abg Riki dalam RM50/pax jugaklah fees ni. Macam Boracay la, terminal fee,environmental fee etc. So better korang take note benda-benda macam ni k!