Tuesday, 15 September 2015

Trip 2015 - Boracay Island,Philippines (Part I)

Assalamualaikum, Hai!


Last aku berjalan ialah sebelum puasa ritu. Around bulan 6. Aku update entry baru bila ade travel kemana-mana sahaja. So memang berkaratla penulisan aku. Untuk trip kali ni akan ada part 2,3 dan sebagainya. So lets start the journey..Alkisahnya tiket ni telah dibook 10 bulan awal, masa AA tengah buat free seats. Duk pikir manala nak pergi eh, Bali ke Lombok ke Boracay?

 #ceritaholidayput3 #syukurselalu. 
Thanks to AA,now everyone can fly!

Boracay Island,Philippines merupakan sebuah pulau yang pernah viral dan famous tak lama dulu. Dulu, route nak ke Boracay ni susah sebab kena ambil domestic flight bla bla bla. Sejak AA buat route direct ke Boracay, so mudah sikit la. Boracay ialah sebuah pulau kecil yang terletak di selatan Manila, terdiri daripada Manoc-Manoc, Balabag dan Yapak. Yang menjadi tarikan pelancong ialah White Beach dimana terdiri daripada Station 1,2 & 3.Sekali imbas pulau ini membentuk seperti tetulang anjing dan mencapai 7km panjang dan lebar kurang dari 1km.

Simple map. Korang boleh download kat google je. Tapi kat hotel pun korang boleh grab banyak brochure dan pamplet untuk buat rujukan. Map yang aku ada merangkumi list-list hotel yang ada kat sana tapi tak clear pun kalau nak upload. 

Masa tu pun aku masih di Krabi,company trip. Hampir setahun kot nak kena tunggu sebelum dapat fly pergi mana-mana. Penantian satu penyeksaan haha!Dipendekkan cerita tarikh fly jatuh sehari selepas 2nd year anniversary kerja kat KL ni. So okay la boleh celebrate kan. Disebabkan murah ktorg decide book ke Boracay. As usual, tukang book tiket ialah FZ dengan harga RM151 return per person. Murahkan? Tips:kalau nak travel dengan bajet yang ciput memang kena book setahun awalnya.haha

Arrival card ni dalam flight steward dah bagi. Tahun depan dah expired passport,so kemana lagi lepas ni?

Thanks to FL sebab sanggup turun dari Penang untuk join aku n FZ. Trip kali ni memakan masa selama seminggu.Hamekkau! Flight pada 3/9/2015 jam 10:40 pagi di KLIA2. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, no delay and sampai di Kalibo International Airport around jam 2:30 ptg.

Sampai sana bukan terus jumpa pantai ye.haha.Ktorang terus dengan amik van ke Caticlan Jetty. Banyak review yang aku baca suruh ambik pakej dengan Southwest Tours. Aku listkan dalam table supaya korang lebih jelas dan mana yang lebih jimat:)


SOUTHWEST TOUR
GAMBLE JER!
Transport to Caticlan Jetty

By bus,1150P (return and all in)

By van, 250P
Terminal Fee
100P
Environmental Fee
75P
Tuk-Tuk to Hotel
25P

Total

1150P
450P
 Return dapat rate =400P
Total=850P
Difference
300P

See? So mana pilihan korang? 300P ni lebih kurang RM26 boleh buat macam-macam lagi. So dah save kat situ. Actually ada lagi rate by van dalam 200P.So, korang boleh la cuba. Dan aku rasa naik van lagi laju kot dari bas.

Keluar je airport memang korang akan nampak canopy Southwest Tour ni. Tapi tepi2 ni banyak orang offer van dalam 200P sahaja. Korang boleh follow apa yang aku buat untuk jimat.hehe 

 Van ni ada 12 seats. Selesa. Air Cond etc.

Perjalanan diteruskan by road yang memakan masa dalam satu jam setengah. Cuaca dan suasana saling tak tumpah macam Malaysia haha!. Tapi kehidupan disini jauh berbeza dengan kita. #syukurselalu

 Sama jugak macam kat Krabi. Wayar elektrik yang berserabut.


Boleh la tengok keindahan perkampungan di Aklan ni along the way to jetty. Ada jugak jalan yang bengkang-bengkok. Yang menarik perhatian aku di Philippines ni, sesetengah perkara terbalik dengan Malaysia. Contoh, jalan raya ke jetty ni berada di belah kanan aku, tempat flush toilet juga disebelah kanan dan banyak lagi.

Caticlan Jetty Port Terminal.

 Sampai jetty pun korang akan diguide untuk bayar terminal fee dan environmental fee. Tak susah mana pun.

Next, korang akan direct to Boracay by boat dalam 10-15 minit.

Tiba di one of beach. Sebelum menaiki tuk-tuk ke hotel. Subhanaallah.


Penggunaan tuk-tuk ni memang famous kat sini. Mudah dan berangin je.hehe

Ktorang stay di Residencia,Station 1. Memang betul2 hadap white beach.

 Antara view hotel yang ktorang duduk.

Lepas dinner terus night walk along beach ke Station 2. Night life kat Boracay memang sangat happening. Banyak fire dance by abg2 filipino.haha!if u know what i mean. Yang menari tak dak pun perempuan. Korang boleh rakam tapi cepat2 lari bila dah habis show sebab nanti diorang minta tips. Terus book aktiviti untuk esok hari,Island hopping dan helmet diving. Aku tak nak rekemen orang ni sebab servis sangat tak bagus dan menipu je. Tips: Pastikan korang amik pakej dengan agensi yang menguruskan tour (cth yang aku amik pakej kali kedua: Stringray WaterSports Inc). Janganlah atau tidak digalakkan amik tour dengan orang yang ada boat sendiri,sebab nnt diorang ni makan duit korang je.

Malam tu jugak try Jonah's Fruit Shake yang orang duk habaq sedap tu. Ktorang try best seller dia, Mango Shake 100P around RM8.70. Mahal jugak tapi berbaloi sebab sedap! For info, Jonah's ni ada di Station 1 and 2 sahaja. 

Hari ke-5 try lime shake. Masham kemain tapi sedap,100P.


My morning view be like-->Selamat pagi Boracay! Around jam 5:45 am. Sebenarnya sunrise kat Boracay ni akan terbit di Bulabog Beach dan terbenamnya sunset di White Beach. Waktu yang tenang untuk bermandi-manda memangla pagi pagi macam ni. Sebab waktu lain laut sentiasa berombak. #nofilter

Boleh dah kot cliff diving sini.hehe

Morning walk with my girlfriends.

The other side of beach. Diniwid beach. Dari white beach korang boleh jalan meniti jalan kecik untuk ke Diniwid beach ni. Kat sini one of the famous resort is Spider House. 

Aktiviti diteruskan dengan pakej island hopping jam 9 pagi. Ktorang dijemput dan terpaksa bayar tambang tuk-tuk ke Bulabog Beach. Area Bulabog ni memang menjadi station untuk sea activities kat sini.Untuk pakej island hopping ktorang cover Crystal cove(200P untuk entrance but sudah included dlm pakej), Magic Island, Crocodile Island, Ilig-Iligan Beach dan Puka Beach beserta helmet diving.
Jom layan gambar..


Ready for our first activity today, Lets hit the beach!


Yang ke-2 popular ialah Bulabog beach. Popular dengan menjadi pusat tumpuan semua aktiviti air. Bulabog ni tak berapa cantik sangat sebab menjadi tumpuan boat-boat untuk ambil tourist dan sebagainya. Tapi air tetap jernih dan banyak gila landak laut dan tapak sulaiman ada kat bawah air ni.

 Bersepah-sepah binatang ni. Teruja sebab tak pernah nampak pun sebelum ni. haha


No caption.


Entrance to Crystal Cove. Disebabkan tanah ni private thats way kena bayar entrance fee untuk  masuk ke dalam. 

View dia memang terbaik! 

Crystal Cove Island.

Sesiapa nak tambah jadi travel buddies? Ada satu tempat kosong ;) 

 Cove 1. 

 Tak dalam pun bawah ni.Paras dada.


Terus ke Magic Island. Magic island ni adik-beradik Ariel's Point la dimana ianya dikhaskan untuk cliff diving. Memang magic sebab super clear turqoise water.Apa punya ayat pun tak tahu la.huhu. Pakej untuk ke Ariel's Point sangat mahal dalam 2000P (6 hours activity) per pax kerana unlimited food and drinks (buffet) dan perjalanan ke Ariels point agak jauh. Sebagai alternatif boleh ke Magic Island:)

3m papan anjal free style. Korang nak terbalik ke tertunggeng ke tak da sapa kisah.

 Feel free to try,jangan risau tak timbul sebab ada abg filipino untuk selamatkan.HEHE
BTW yang aku cuba ni 5 m. Huge clap to Fyfy sebab dia berjaya sampai ke 7 m. Although it was actually hard and shaking tapi aku rasa menarik kalau dapat cuba 10 m. Next time perhaps.


Nak tunjuk keturqiosan air je.okbai.


Diteruskan lagi ke Ilig-Iligan beach. Boleh menikmati lunch dan rest kat sini. Rehatla lama mana pun korang nak. Tapi aku tak makan pun sini sebab tak meyakinkan langsung(ada bir). Tips:Better korang bawak biskut atau sedikit makanan untuk bekalan. 


Subhanaallah.Cantik. Ktorang just mandi tepi-tepi boat tu je.


Puka Beach.Just drop dan ambil gambar sahaja.


Peringatan:Di Boracay,setiap aktiviti mempunyai limit masa yang tertentu. Island hopping standard memang 3-4 hours only. Korang boleh nak ambil lebih masa tapi kena bayar extra charges. Tak sama macam Krabi. 

Helmet Diving. Pengalaman yang baru dan menarik bagi ktorg. Nanti diorang akan bagi free CD. Sampai buat dua kali la sebab tak puas hati. Aktiviti ni cuma berlaku selama 15 minit sahaja. Kalau ada yang kata lebih tu membongak la. Sebelum turun diorang akan briefing sikit. So sit back,relax,have fun and enjoy setiap moment yang korang dapat bawah air tu.


Helmet ni seriously berat tapi dalam air takda la terasa beratnya. Be prepared dari segi mental & fizikal.Cewah haha. Memula masuk korang akan rasa pressure so telanla air liur ye. Banyak lagi cara insturctor akan ajar masa briefing.

 Ini adalah first time. Nampak tak kosong je kat bawah. Once korang masuk dalam air tu just breath normally,air akan berada di paras bahu.

Abg filipino ni tengah buat show.Nampak tak gegelang air tu dan ikan pun mengambil kesempatan untuk berselfie sama.Epic kot!

Lalu ikan pun photobomb kebabom sekali haha! Banyak lagi gamba ikan photobomb tapi masalahnya dengan fyfy je.

Nampak tangga kat belakang tu?Korang akan turun dan naik kat situ. Dalam ni tak perlu berenang pun,just berjalan seperti biasa:)

 Second trial for helmet diving. Ktorang cari pakej dengan orang lain pulak. Nampak tak beza yang 1st dan 2nd? kat sini banyak coral,tapak sulaiman even ikan nemo pun ada. So korang kena konfemkan betul2 before setuju dengan mana-mana pakej. 
Tips:Bagi roti di paras perut supaya bila snap nampakla muka korang! Kalau tak jadi macam first trial ktorang.




 Tadaaaa!!!

 Macam ada dalam aquarium.





Cantik sangat bawah ni. Lepas ni kena amik diving license pulak. Tak tahula pasaipa ikan tu dengki dengan FL haha!


Nemo in the house. Suka menyorok disebalik soft coral ni.

Enjoy!!

Menuju ke Crocodile Island. Kenapa dipanggil Crocodile island ialah disebabkan faktor rock yang menyerupai buaya. Best snorkeling kat sini. Air super clear, batu karang yang fresh, tapi ikan macam tak friendly pulak.haha. Yang paling aku tak boleh lupa bawah tu ada ular air yang bewarna putih dan pendek je.

Habis aktiviti balik hotel,makan dan prepare for evening walk untuk menikmati sunset. Untuk makanan memang ktorang ada bawak dari rumah. Ktorang bawak Brahim's, maggi dan sebagainya. Tips:Silalah bawak makanan lebih sebab makanan mahal disini even kedai halal pun.

Sunset. Masa ni baru dalam 5:15 pm.

 Ini ialah Willy's Rock. Berada diantara Station 1 & 2. Kat sini rasanya tempat sembahyang bagi penduduk tempatan sebab ada patung.

Tengok ni je pun dah memukau.

Ktorang ada jumpa geng BBM jugak kat sini. Zudi, solo traveller dari Sabah. Dia yang bawak ktorang cari kedai makan halal dan souvenier yang murah2. 

Overall aku memang suka trip ke Boracay ni. Banyak benda baru yang aku jumpa dan cuba. Berbeza la dengan Krabi haha. Penduduk sini sangat ramah dan diorang tahu kita orang Malaysia. So aku kongsikan setakat ni dulu. Next entry aku akan update lagi tentang aktiviti lain yang ktorang buat, hotel mana pulak ktorang stay, budget dan moment-moment yang menarik untuk dikongsikan.


"Wherever you go, go with all your heart"

Boracay,Philippines


Till then,
Assalamualaikum.:)
















No comments: