Tuesday, 23 December 2014

End Year Trip 2014 - India

Seriously cakap aku tak pandai nak berkarya,menaip2 bagai ni. Tapi apepun nak kongsikan sebanyak mana pengalaman bercuti di negara org dan jugak sebagai kenangan untuk aku tengok in future. So, seperti yang dijanjikan, pada 7/12/2014 sampai 14/12/2014 aku da tempah tiket untuk bercuti di negara India. Actually, aku da beli tiket ni dari bulan Julai lagi dengan Malindo Air dengan RM1400++ return (free food and free 20kg luggage).


.

.

Biasalah ramai akan bertanya, “Eh, Eh kenapa nak g India?, Ape yang best kat India? , Bukan busuk bau air kencing ke? Bla bla bla, “ Haa mcm tu la mcm2 pertanyaan yang semestinya tak menggambarkan India tu best langsung. Tapi aku fikir ini travel,mase untuk aku tengok,explore negara org, betul tak? So, aku pergi ni ngan family and another family, total 12 orang.
.
.
First of all, because aku pergi dengan family yang ramai mcm ni,aku decide nak amik travel agency je sebab arrival time pun da nak dekat pukul 11 malam. Kalau tunggu esok pagi da rugi mase. Aku yang bertanggungjawab untuk cari agency kat sana. Aku main redah je cari online and mintak quotation. Last2 minute baru aku dapat satu travel agency yang tawarkan pakej agak murah selama 8 hari kami di sana, “GETS HOLIDAY” atau boleh klik sini “ http://www.getsholidays.com/ “. Aku rase sangat sangat berbaloi sebab per person RM 673++ termasuk 3 hotel,breakfast included, van traveller plus driver sepanjang percutiaan kami di sana. Sangat murahkan..?
.


.

So aku tak nak bebel panjang aku letak gambar sebagai cerita sepanjang percutian aku kat sana. For information, aku dapat cover 4 buah negeri la kot haha iaitu NEW DELHI, AGRA, JAIPUR & MANALI.

Tiba di Indira Gandhi International Airport New Delhi. Collect luggage around 10.20 pm waktu di india. Untuk pengetahuan waktu Malaysia cepat 2 ½ jam dr India, means waktu tu di Malaysia around 1 pagi. Aku disambut dengan tour agent yang telah ditempah jumaat lalu.haha

Haa...ni la orang yang menunggu ktorg kat aiport masa sampai tu. Disebabkan aku yang tempah, so famous la kejap.hehe