Friday, 12 February 2016

End Year Trip 2015 - Hangzhou, China (Part II)

Assalamualaikum, Hai!

Bersua kita kembali. Cewah. 
Kerja kat ofis yang menimpa-nimpa tu membuatkan terhenti penulisan aku pasal trip lepas. Ni pun habis ofis hour aku curi masa jap untuk sambung.


Macam mana dengan Hangzhou? Cantik tak? Overall aku suka tapi kalau bab kebersihan kat toilet tu memang la paling low sekali. So lets move to the next step. Alhamdulillah setakat ni semua berjalan seperti dirancang. Disebabkan aku pergi dengan family, aku sebenarnya kesian kat mak ayah especially bab-bab kalau nak berjalan, mengangkut beg berat-berat. haih! Okla jom kita layan cerita ni..


Hari ke-3 berada di Hangzhou diteruskan perjalanan untuk ke Huangshan. Terletak di provinsi Anhui dimana kebanyakan terdiri daripada gunung-ganang sekelilingnya. Huangshan terkenal dengan Yellow Mountain. Yaa. Itulah subjek utamanya ktorang ke sini.


Masa ni ktorang terpaksa ambil 2 teksi. Kalau ikut polisi satu teksi hanya 5 orang sahaja termasuk driver 1 teksi.