Friday, 16 June 2017

#ceritaholidayput3amar - Honeymoon di Maldives

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, itu je perkataan yang aku dapat ucap sekarang. Selesai juga majlis pihak aku dan juga amar. Honeymoon. Dari dulu aku tak pernah terfikir nak kemana pun. Paris mungkin ada dalam kepala aku sebab orang kata kota cinta kan. So one of my wish list. Insyaallah satu hari nanti.  

Sebelum memilih Maldives, aku ada research Pulo Cinta, Raja Ampat, Palawan dan sebagainya. Mostly harga lebih kurang mahalnya dan dari segi pengangkutannya agak sedikit rumit berbanding Maldives dimana AA ada direct flight selama 4 jam sahaja. Kenapa aku memilih Maldives? Maldives ialah pulau dan ada pantai. Dek kerana selalu mengikut FL & FF, so aku pun terpengaruh dengan diorang. Kali ni memang aku nak santai sahaja, aku tak nak buat apa-apa aktiviti yang membebankan kepala otak dan badan. 

Macam biasa, lets talk about ticket. Aku dan AA saling tak berpisah. Alhamdulillah jelas lagi sekali, rezeki memang memihak kepada kami. 2 minggu sebelum majlis baru ktorang beli dan harga return cuma RM377/pax including 20 kg luggage return. Gila murahkan? Sebab aku selalu usha return/pax mesti RM1000 paling murah.Luggage tu sengaja spare. Ye la kata free and easy, tak kuasa aku nak angkut beg beberat plus AA kan da strict sekarang plus tak mahal mane pun kena tambah.

Maldives, Maldives, Maldives. Its all about blue, turqoise dan seumpamanya. Maldives terkenal dengan sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Hindi kira-kira 700km dari Sri Lanka (no wonder ramai sangat bangsa ni datang sini). Maldives mengandungi 1,192 kepulauan kecil yang membawa keunikan tersendiri. Nama Maldives diambil dari perkataan Sanskrit, "maladvipa" yang bermaksud susunan pulau-pulau. Apa yang paling utama di sini ialah agama islam merupakan agama yang terbesar dan 99.9% penduduknya mengamalkan ajaran Islam. Ok cukup-cukuplah intro tu, nanti ada lagi info aku akan kongsikan dengan korang.


Flight AA ke Male memang ada 1 hari sekali sahaja, pukul 6.55 petang. Estimated to arrive around 8 malam waktu Male. Perbezaan masa ialah 3 jam lambat dari Malaysia. Masa ni ktorang gerak dari Ipoh 8.30 pagi, singgah rumah sewa ambil baju etc dan terus rushing ke KLIA2.


Balut beg drone pastu kene kopek balik sebab kena keluarkan bateri. huhu

-----------------------------------------------------------------------------------------

Next, move on to hotel pula. Setelah mengira pelbagai aspek, ktorang decide untuk bermalam di Hulhumale (bandar yang berada sama dengan airport) sementara menunggu speed boat ke Lankanfinolhu keesokan harinya. Korang jangan pulak beli hotel di bandar Male sebab kalau nak ke sana kena naik feri. Mana datang pulak feri memalam ni kan? hehe
Haa.. tu je la jaraknya dari airport ke hotel di Hulhumale. 12 minit naik kereta tapi aku rasa agak jauh. Korang jangan cuba-cuba nak jalan pula sebab kiri kanan gelap dan agak jauh. Nampak tu bandar Male. Kena naik feri cuma 10 minit sahaja. Apa yang aku nampak diorang dalam proses pembinaan jambatan antara bandar Male dengan airport. Lepas ni mudah la tak payah nak naik feri kan. 

Tiba di Velana International Airport jam 8.30 malam. Kat luar ni ada banyak kaunter terutamanya bagi pelancong yang ingin ke private islands.

Keadaan di Airport Male. Dahuluya diberi nama Ibrahim Nasir International Airport sebelum ditukar kepada Velana International Airport.

Tukar ruffiya di airport sahaja. Orang depan ni orang Ipoh jugak. haha

Sambil menunggu ketibaan taxi yang telah diarrange oleh pihak hotel.


Next morning, breakfast dan berjalan di sekitar hotel sahaja sambil menunggu taxi jam 11.30pagi. Keadaan bagi aku sama macam Krabi. Banyak construction hotel yang sedang dilakukan. 


Good Morning Maldives. 

Sama tak macam Krabi? hehe 


Our breakfast. Food was 3.5. More to Indian style. Ni kalau ade sambey ikan bilis mesti sedap haha

After breakfast, had our morning walk to the beach.

Hotel entrance.

Its time to check out.

Pihak hotel sudah arrange teksi untuk ktorang ke airport semula. Semoga kita berjumpa lagi Hulhumale!


 On our way to airport. Lain macam warna die weh

Haa ni la seaplane tu. Korang boleh cuba kalau ada bajet lebih. Tambang paling koman pun 300USD/pax. Boleh tengok sendiri keindahan kepulauan Maldives.

Jetty hanya berhadapan dengan airport sahaja. Amar dah macam orang sini dah. kihkih. Ni berhadapan dengan airport je tau. 

Haa ni la kapal terbang yang betul-betul landed dihadapan ktorang.

Jam 1 tengahari baru ktorang bertolak dari jeti berhadapan airport menuju ke Lankanfinolhu. Perjalanan memakan masa hanya 20minit. Alhamdulillah cuaca baik, panasnya yang amat oi.Perasaan yang amat-amat teruja tengok keindahan pulau ni. Allahuakbar. Once in my life time. Aku pilih Paradise Island Resort. Sebab return speedboat yang paling murah. hahaha. Jom layan gambar lagi.. 


Finally, welcome to Paradise Island Resort, Lankanfinolhu, Maldives. 

Panoramic view at arrival jetty. 

Super clear water dekat parking feri.

The other side tu ada satu lagi private island dan sangat mahal, Gili Lankanfushi Maldives. Satu malam pun dah cecah 4-5k. Pi google cepat! 

Rasa nak terjun sekarang. Malaysia pun ada pantai macam ni kan?

Sekitar lobby hotel before we check in. 

Heading to our room.  

Ni la peta keseluruhan Paradise Resort ni. Tapi sebelah kiri atas tu tengah buat construction.  

On our way to our paradise... 


Welcome to Paradise Island Resort.

It was a memorable experience to me and amar. View dia sangat cantik dan seriously aku tak pernah rasa bosan walaupun aktiviti hanyalah free and easy. Jom kita layan gambar ok..

Tadaaaa...Bilik sangat bersih, besar, selesa and totally superb. Rasa macm boleh masuk 1 family dalam bilik ni. 

Surprise Surprise Surprise..Cantiknye omg, first time dapat macam ni haha



Biar gambar sahaja berbicara..

Once in my lifetime tidur kat sini. Korang wajib try!

Dari sisi kiri aku. Bawah2 ni memang banyak batu karang yang mati la. No harm pun kalau pijak. tapi dekat2 tepi pantai tu memang super clear. 


Memang ktorang tak ada aktiviti khas pun. Semua free and easy and it never never bored us. So aku akan tunjuk gambar sepanjang ktorang kat sana ye. Apa yang aku tunjuk ni adalah combination semua gambar sepanjang aku berada disini ye.


So this is how we spent on 1st day. Nothing much sebab cepat gelap. 

On our way back to hotel. School of fish.

Oh ya, setiap malam ada pertunjukan shark feeding. Location di hujung water villa ni. Haa tengokla 6.30 dah macam pukul 7.30 malam

Berkeliaran weh shark ni. Banyak dan besar.  Aku pun teruja jugak.

...............................................................................................................

So lets begin our next day..

 Oh indahnya hari-hari begini. Ada bathtub jugak kalau korang nak mandi kat luar haha

 Abaikan muka aku yang da gelap sikit tu. Orang lain datang breakfast lawa-lawa aku pakai jersey je. Perak pulak tu hahaha


View for our breakfast too. Banyak ikan todak!!

View for today. Jalan-jalan makan angin.

 Actually it was good bilik dekat dengan pantai sebab tak da la takut sangat nak mandi. Jap g mandi terjumpa shark pulak haha

Again with this style and view. Haa korang boleh bawak floats sendiri and minta diorang isikan angin. 



Masa matahari atas kepala baru korang boleh dapat view macam ni haha. Panas sama macam Malaysia tapi sini terbakor wei


 End of our day with this beautiful sunset.

...............................................................................................................

Merupakan hari yang terakhir disini. Again with same routine. harap korang tak bosan. hehe

Wake up for this beautiful world.

Ready to jalan-jalan again. Awat muka hang terbakor wehh?

In front of our room.

Us.


 Heading to restaurant for breakfast.


 Sit back and snap again haha.

 Can resist the super clear water. I miss this.


Selepas breakfast, ktorang decide untuk jalan-jalan menikmati hari-hari terakhir disini sebelum balik ke mainland dalam pukul 1 tengahari. Okay, kali ni nak kongsi sedikit gambar dari drone yang ktorang beli semata-mata untuk ke Maldives. Lets enjoy the scenery..no edit..


First day. Around 3-4 petang

 This view was taken early in the morning on our 2nd day.

Dimana sahaja air laut kalau pagi-pagi tu tenang dia lain macam je.

Strolling around after having breakfast.

 Uncle ni sibuk aje. haha! 

Pandangan dari atas dan apabila kita berada dibawah sangat lain tau. 

Our last day here around 9 am and the weather was super hot. 

Waktu ni dah petang dalam jam 4 petang. 

Really had a good time here.

Haaa. tu baru aku.hehe. Thanks syg ambilkan gambar.

Spot me! Thanks lagi sekali to you yang sanggup layan kerenah. Sampai gambar awak tak ada pun macam ni haha! Indahnya ciptaanNYA. Cantik sangat. 



Berlari berkejaran. 

Tumpang love yang sedia ada.




There.. Yang tengah tu la ktorang breakfast hari-hari. Oh ya! Kari kambing dia sedap gilerrrrr!

Disana tu ialah Gili Lankanfushi. Sangat mahal ok. 




Seriously no edit by using drone. Cantik sangat. Nak amik macam ni sila la berpanas masa matahari atas kepala. 


Sand bank yang tak berapa sangat sebab air naik masa ni. Berlatar belakangkan Gili Lankanfushi. Seriau je tengok amar main benda alah ni. Aku yang gabra lebih.




 Bye-bye! Again it was such an amazing experience for us untuk merasai keindahan ciptaan Allah S.W.T dengan mata kepala ni sendiri. I wish and i will come here again to explore another island for sure. 

Honeymoon Bajet Maldives 2017

1 USD = 4.43 MYR
1USD = 15.6 Ruffiya

Hari
Details
Amount / MYR
Amount /USD
Selasa
2/5/2017
a) Uber Ukay Perdana - KL Sentral
b) Bas KL Sentral - KLIA2
c) Lunch
d)Taxi dari airport - UInn Hotel
e) Hotel Ui Inn/night - booked tru Agoda
23.00

22.00
18.00


209.11




8.00
Rabu
3/5/217
a) Lunch di airport before transfer to Paradise Island Resort (Burger King)
b) Paradise Island Resort /2 nights - booked tru Agoda
c) Speedboat return transfer /2 
** Breakfast included
** Lunch & Dinner by Brahim /  Maggi Asam Laksa / Vico



4,075.68
11.00




208.00
Khamis
4/5/2017
a) Free and easy
FOC
FOC
Jumaat
5/5/2017
a) Free and easy
b) Lunch again as per above
c) Ferry to Male City / return (10 minutes only)
d) Souvenier (Key chain only!!!)
e) Nasi Lemak Pak Brahim - 1 unit
f)Bas KLIA2 - KL Sentral
g) Uber KL Sentral - Ukay Perdana
FOC





15.00

22.00
23.00
FOC
11.00
8.00
22.00
Total
4,407.79
268.00
Total Convert USD – MYR
-
4.43
Overall Total (RM)
4,407.79
1,187.24
Total / couple (RM)
5,595.03

Overall, aku memang bagi 10 bintang untuk trip ke Maldives kali ni. Memang superb. Walaupun aktiviti free and easy, hanya berjalan keliling pulau, berpanasan seperti dibakar tapi seriously it never never bored me. Tak tipu. Keterujaan tu aku rasa sampai sekarang. Insyaallah kalau la berkesempatan lagi serius aku nak repeat dan try duduk di Maafushi Island pulak. Terasa nak ajak family juga datang sini. No words to describe anymore. Its beyond expectation and you guys should come here too!! See you next time guys in Kota Kinabalu pula. Yeayy!!



"Make your marriage more awesome than your wedding"

Lankanfinolhu, Maldives, Male

Till then, 

Assalamualaikum