Wednesday, 17 May 2017

#ceritaholidayput3 - Trip to Banda Aceh (Part I)

Assalammualaikum semua,

Setelah berapa lama tak berjalan, alhamdulillah tahun ni berpeluang juga ke Banda Aceh, Indonesia. Well, macam biasa tiket dibeli sewaktu promotion AA, which is mase tu grab dapat RM150 return but aku rasa boleh dapat murah lagi.

So kita terus straight to the point la. Sejarah Acheh korang boleh google kot kan? Why Banda Aceh? Sebab kawan-kawan aku ni gila laut. So kitorang decide untuk try sana pulak. Khabarnya cantik. so kita check out cantik ke tidak..hehe. Btw, seminggu sebelum ktorang book hotel gempa bumi dekat Pidie Jaya, kira dekat la jugak ngan Aceh, Tapi bila tanya tour  guide, dia kata insyaallah selamat.

Bab tour guide pulak, memandangkan semua bz sangat masa tu, so ktorang terus decide untuk book guide untuk bawak kemana sahaja plan ktorang selama 4 hari 3 malam kat sana. Korang boleh tengok insta dan fb "Jakmeen". Recommended dan bagus servisnya!


 Sekali pandang tak pe. Jangan dua kali nanti taku hatiku tertinggal di Aceh. Ahak! Kenalkan ni la Bahrul Hilmi (BH) yang menjadi guide dan driver ktorang selama 4 hari disini :)

Flight pagi around 8.30 pagi dimana memakan masa cuma 1 jam 15 minit. Sejurus tiba, aku merasakan kelainan berbanding Lombok yang sebelum ni. Orang-nya lebih sopan santun, cowoknya juga semua smart2 haha. Seriusly berbeza keadaan dekat Lombok. Ktorang dijemput oleh Bahrul Hilmi (BH) untuk aktiviti hari pertama di Banda Aceh. Masa disini lewat sejam dari Malaysia.


 Imigresen checkpoint. Curi-curi ambil gambar walaupun tak boleh.hehe

 Suasana di luar airport. 

Sambil menunggu mobilnya sampai.

Aktiviti pertama disini ialah ke Pantai Pasir Putih which aku boleh label sama macam Port Dickson etc. Tapi dikhabarkan oleh BH kawasan ni semua terkena tsunami pada Dec 2004, 12 tahun yang lalu. Memandangkan ktorang sampai pagi, so memang tak meriah, maybe hari bekerja kan. Plus pergi musim hujan so awan banyak menutupi langit biru. Haih selalu salah timing. Tips; Tiket murah means selalunya mesti low season hehe. 


Jalan menuju ke pantai ni gak bengkang bengkok. Tapi bila kkita tengok view macam ni hilang semua penat lelah tu. Fuh~ 

Menurut BH, kawasan ni semua terkena mala petaka tsunami yang berlaku 12 tahun yang lalu.  

Banyak pokok bakau juga kat sini. Airnya tenang dan jernih gila. What else can we do here? Snap gambar sampai lebam >_<

Semua pantai yang aku pergi, semua cantik. 


Air jernih, rasa nak baring atas pelampung dan baca majalah. Serius. Tenang je. Mungkin tenang sebab dapat releasekan otak ni dari kerja kot. hehe. Snap gambar je da 2 jam.haha.

Diteruskan ke Bukit Seoharto untuk melihat keseluruhan view Pantai Pasir Putih. 


Semasa tsunami pantai bawah tu semua habis dalam sekelip mata.

So perjalanan diteruskan untuk makan tengahari. Konsep yang aku suka ialah murah dan sedap. Kita boleh request kat BH apa yang menarik kat sini. So dia pun bawak ktorang pergi kedai style2 nasi padang. Sampai-sampai terus letak nasi, pelbagai jenis lauk. Terkejut pun ada tapi tu memang dah budaya diorang. Kalau tak nak makan jangan usik so nanti tak adelah di charge. Bagi aku macam kurang hygenic sikit la sebab makanan akan terdedahkan. Overall aku bagi 3 bintang. Total lunch IDR213K.



Kumala Hotel. 1 malam disini.


Just nice. Bilik agak kecik. Ngam2 je nak solat kat depan tu. 

Selesai check in di Kumala Hotel, Museum Aceh menjadi tarikan kedua disini. So faham2 la kalau dah nama pun museum, kalau tak minat sejarah boleh tidur dibuatnya. zzzzzzzzzzzzzzzzz hehe


5 of us. Usually ber-3 je. Well lagi ramai lagi happening.Yeahh
Baru aku sedar aku tak banyak tangkap gambar dalam museum ni. haha! Takpela kita move on to the next museum. 

Musium Tsunami Aceh, dimana menjadi antara tarikan utama pengunjung luar negara macam ktorang ni. Kat sini tersimpannya sejuta kenangan yang tak ternilai dan akan menjadi kenangan sampai bila-bila bagi penduduk di sini terutamanya. Disematkan dan diabadikan momen-momen bagaimana terjadinya gempa bumi disusuli dengan tsunami besar yang mengorbankan hampir 200,000 ribu penduduk Aceh pada 24 Disember 2004 jam 7.55 pagi. 


 Museum Aceh. Senibinanya juga merupai sebuah kapal.

Antara negara yang membantu Aceh untuk membangun seperti sedia kala. Cuba cari mana Malaysia? hehe



Antara sisa peninggalan bangkai helikopter yang diletakkan disini untuk pameran.

Pengambaraan ke dalam museum dimulakan dengan gambaran seperti kita berada di dalam gelombang tsunami ketika tu. Gelap dan takut. Meremang bulu roma. Korang kena cuba. Diteruskan dengan melihat video-video dan gambar keadaan dan kesan dari tsunami.  

Terus menuju ke satu ruang. Sebak, insaf, takut, satu perasaan yang tak tergambar dek akal jika terjadi pada kita ketika itu. Macam mana perasaan dan keadaan kita pada waktu tu? Tu je yang mampu aku katakan.  Nama-nama penduduk Aceh yang meninggal dunia diabadikan di dinding sebagai kenangan. Memberi satu ujian dan tamparan yang hebat buat penduduk Aceh dan seluruh rakyat Indonesia pada ketika itu. 


Main attraction. 

Antara nama-nama penduduk yang terkorban semasa Tsunami 26 Dec 2004. 

Kepada-Nya kita akan kembali. 

Dikenali jugak sebagai kapal apung Lampulo. Kapal yang tersangkut di atas rumah Bapak Misbah dan Ibu Abasiah. Melihat sendiri terasa Ya Allah. Haih korang kena datang la tengok sendiri.

Bahagian belakang kapal. 

Seramai 59 orang yang terselamat di atas kapal ni.  Mereka menganggap ada bantuan yang datang untuk menyelamatkan mereka sedangkan ianya dihanyutkan oleh ombak tsunami ketika itu. Penduduk disini telah naik ke atap bumbung sebelum didatangnya kapal ini untuk menyelamatkan mereka. Disaksikan sendiri mereka tsunami yang datang menyerang sebanyak 3 kali.

Aceh juga terkenal dengan keaslian coffee/kopi nya. Lepas penat dalam muzium tu ktorg lepak satu coffee house tepi jalan ni ha. Enak sungguh kopinya tapi aku bukanlah seorang pentegar coffee. So bukan taste aku. Korang kena cuba kentang goreng diorang sebab buatannya asli bukan 3 in 1 mcm kat tesco tu. hehe.

Sebabkan tadi macam hi-tea sahaja, selepas magrib ktorang menuju ke kedai makan dimana disini juga famous dengan nama "Mie Acheh". Sedulunya masa aku ke Jogja, aku juga pernah makan mie acheh ni. Mie acheh ni seperti mee kuning biasa, namun dari segi pembuatannya yang original dan asli. 


Haa ni la rupa mie acheh tu. Boleh kongsi 2 orang oi. Banyak!

Okay, aku akan sambung untuk next entry yang mana menjadi tarikan utama jugak bagi pencinta-pencinta pulau. Stay tuned!


Kita bagi teaser sikit.

Pulau Weh, Indonesia








Monday, 4 July 2016

#ceritaholidayput3 - Budget trip to Singapore

Assalamualaikum, hai!

Bila umur da meningkat 25 tahun ni memang banyak invitation kawan-kawan zaman belajar. Dari utara ke selatan. Kali ni kita ke Johor pulak. Tahun lepas dah masuk USS, so kali ni kita jalan-jalan sekitar Singapore (SG) pulak. Tak lama pun trip ni 2 hari 1 malam je sebab lepas wedding(Sabtu) baru gerak masuk SG. 

Trip kali ni berbeza sikit. Kita try pakai jalan darat pulak. Next time baru kita try turun kat the best airport in the world tu. Bergerak jumaat malam dan tidur si Johor. Ni pun main redah je. Naseb baik jugak kenduri Eisya dekat dengan Larkin Sentral, so senang nak naik bas masuk SG esoknya. FYI, Larkin Sentral dan JB Sentral ialah tempat yang berbeza eh. Dedua stesen ada bas untuk masuk SG. 

Bajet Trip Singapore 2016 (Per person)
MYR 1 = SGD 2.89
Hari
Details
Harga/MYR
Harga/SGD
Sabtu
  
1.60

2.30
1.50





10.00
16.00

13.00
20.00
2.00
2.00
 Ahad     
    a)      MRT Ronchor - Downtown
    b)      MRT Downtown - Bayfront
    c)       MRT Bayfront - Woodlands
    d)      Starbucks
    e)      Gatorade
    f)       Lunch @ Burger King
    g)      Bus 950 Woodlands – checkpoint
    h)      Bus checkpoint – Larkin Sentral
    i)        Dinner @ RNR







3.60
11.00
1.90
1.60
2.70
6.81
3.00
5.45
3.80
Total
20.00
88.26
Convert(SGD – MYR)
-
2.89
Total (RM)
20.00
255.07
Overall Total (RM)
275.07
Total/Person(RM)
137.54

Bil
Item
Harga/MYR
1.
Petrol (Return)
70.00
2.
Toll (Ayer Panas-Skudai-Kempas-Taman Perling-Lima Kedai-Sg Besi –Batu)
95.50
3.
Parking (Larkin Sentral)-1 hari
15.00
4.
Footprints Hostel - 10 bed female dorm (breakfast included)
66.42
5.
Footprints Hostel - 10 bed mixed dorm (breakfast included)
60.88

Total
307.80

Total/Person
153.90

Overall Total : RM 137.54 + RM153.90 = RM291.44

Lets begin the journey..

Wednesday, 6 April 2016

#ceritaholidayput3 - Trip to Lombok, Indonesia (Part II)

Hi, Assalamualaikum:)


Punyala lama nak hupdate kali ni punya. Malas tu satu, kekangan masa pun ye jugak.Tapi, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk share dengan korang my previous trip to Lombok. Best tak?Insyaallah kalau diberi kesempatan ke Lombok, aku nak try hiking Rinjani pulak. Orang kata kalau ke Lombok tak ke sana tak sahkan?

Btw, nak travel ni tak payah pun simpan duit bebanyak melainkan kalau korang nak g tempat yang currency-nya tinggi dari Malaysia la.

Seperti yang aku janji, aku nak kongsikan sedikit cerita pasal pesta "Bau Nyale" tu. Kebetulan masa ktorang datang tu diorang tengah sambut so kiranya pesta tu dah jadi adat di Lombok ni. Dipercayai terdapat seorang puteri yang cantik diberi nama Puteri Mandalika yang menjadi kegilaan pangeran-pangeran di sini. Untuk mengelakkan peperangan di antara satu sama lain, puteri ni telah terjun dari batu ke dalam laut. Apabila penduduk mencari, apa yang diorang jumpa ialah cacing laut yang bewarna warni sahaja. 

There goes how " Bau Nyale" got it name. Bau means catch while Nyale means sea worms. Pesta ni setahun sekali sahaja dalam bulan Februari. How lucky we are that time. Pagi- pagi lagi, penduduk setempat akan datang ke Pantai Seger dan mengutip cacing laut yang dipercayai boleh membawa tuah. Yess!boleh juga makan dan aku sendiri tanya dengan Mas Ayi, rasanya manis! Gitulah serba sedikit, jap lagi aku cerita habis penuh entry ni hehe

Credit to Google. Masa ni tak sempat untuk ke Pantai Seger sebab aktiviti full hari-hari.

Okay, sambung. Setelah kepenatan di waterfall, ktorang terus menuju ke Gili-Trawangan. Kali ni Mas Awenk hanya drop sahaja. Kat situ aku bayar half pada Awenk. Half lagi masa hari terakhir. Menaiki fast boat memakan masa hanya 15-20 minit sahaja, included in this package. Harga fast boat sahaja boleh mencecah IDR 850k-900k. Kalau korang nak try naik public boat pun okay, much cheaper. Anyway depends on your choice. 

Ni la port untuk fast boat. Kalau public boat naik dekat another port.

Kemain heat. Terbako skin.

Very nice weather. Alhamdulillah. 

Jetty di  Gili Trawangan. Esaited tengok air.hehehe

Ktorang hotel stay is Diversia Diving & Clubhouse. From the jetty ya allah 5 minit je. Very close. So tak perlu amik cidomo. Jagung bakar kat tepi-tepi ni memang mengundang je.Cuba kalau kat negara sini haram tak pandang hahaha

Seperti yang korang tengok, tak ada kenderaan berenjin. cuma basikal dan kenderaan berkuda. 

Such a very cozy, cute place that ktorang booked for 2 nights at Gili T ni. 

Selesa dan besar. FYI, owner hotel ni bukanlah orang local Lombok ye. Mat salleh okay. Aapa boleh buat? Hotel kat sini mostly didominasikan oleh orang luar. 

Petang tu jugak kitorang rushing kejar sunset dekat buaian yang famous tu. Mane la tahu kalau kalau esoknya hujan. Untuk mengejar masa ktorang terus ambil cidomo. Perjalanan pun memakan masa dalam 15-20 minit. Agak jauh jugak. Quite pricey IDR 100k untuk 3 orang tapi aku rasa sekarang memang harga dah fixed. 


The view along the way to the famous Ombak Sunset. Banyak hotel-hotel mewah kat sini yang sesuai sangat untuk korang yang nak honeymoon tu :)

Thank God the weather was clear. 

Well biasala have to queue. Macam biasa la awan tebal. Hanya dapat sipi- sipi je warna oren tu.

Ini la jadi kekdahnya. Takpala kita cuba pula tomorrow. :)

Malam tu ktorang makan di pasar malam (dekat dengan jeti) yang famous tu. Aku rasa situ je la tempat makan yang meyakinkan sikit. Diorang memang jual liqour semua tu . Korang pepandai la ye. Then terus cari pakej island hopping untuk keesokan harinya. Average rate yang aku pernah baca memang antara IDR 1 juta ke 1.2 juta. Setelah bargain dapat la 1.05 juta untuk satu boat. Ahaa ktorang amik pakej ni betul-betul depan pasar malam tadi. Kedai warna biru if tak salah. 

Apa yang boleh cakap. memang awesome sangat. Ktorang sangat-sangat berpuas hati dapat snorkeling kat sini. Ktorang start dalam pukul 9:30 sampai la pukul 2.00 ptg. Style kat sini sama macam Boracay. Ada timing masa bukan macam Krabi yang selalunya 1-day tour. First point ialah peninggalan shipwreck. Just tengok melalui glass bottom boat. 


First Stop



Memang dekat giler dengan permukaan air. Korang boleh jugak berdiri atas batu ni.


Its very beautiful down here.

My second time seeing turtle. First time di Perhentian Island.


Lunch dulu di Gili Air. so-so je la.hehe

Overall, snorkeling kat 3-gili ni memang best. Cantik sangat. Petang tu pun ktoranga da sewa basikal untuk kononyya ronda-ronda satu Gili Trawangan ni. Tapi hari hujan (naseb semalam da tengok sunset) dan jalan di sekitar gili ni tidak berturap so sakit bontot woi.Ada la 1/3 dari pulau ni je kot haha. Btw, bahaya jugak kalau malam sebab lampu jalan memang tak ada hanya di certain2 hotel sahaja. Please note eh girls especially!

Besoknya, perjalanan diteruskan lagi ke 3 Gili yang ada di Lombok ni. Perjalanan memakan masa dalam 1 jam setengah untuk ke Sekotong Barat dimana menempatkan Gili Nanggu, Kedis dan Sudak. Disini memang  tak ramai pelancong. Khabarnya oleh Mas Awenk ikan disini lagi besar dan cantik berbanding Gili T.

 Sebelum bertolak pulang. Purple bean ni memang famous kat Gili-T dimana memang betul-betul depan hotel ktorang:)

 Haa tu la 3 gili di Sekotong Barat ni.

Ktorang lunch dulu di Gili Sudak. Menu Ikan ayam-ayam, pelecing kangkung, Well makanankat sini tak berapa sedap. 

First stop. Gili Kedis. Memang cantik aie jernih dan tapak sulaiman bersepah-sepah dari anak sampai ke bapak tapak sulaiman. Kalau korang snorkeling tepi-tepi ni memang korang boleh nampak die bergerak-gerak. hehe 

Haih tenang rasa. Rindu nak rilex-rilex macam ni lagi. 


Private hotel di Gili Nanggu

Gili Kedis ni yang berbentuk love tau! Haa pergi la google sekarang.

Tak de la snap gambar ikan kat Gili Nanggu tu. Kat sana ada satu chalet sesuai la untuk romancinta yang nak berhoneymoon ke. Tapi ikan-ikan kat sini memang besarrrr dan warna warni. Besar tu sometimes scary jugak tapi lain lah dari yang kita snorkeling tengok ikan kecik-kecik tu. hehe

Next terus bergerak ke bandar Kuta untuk our last stay kat Lombok ni. Pilih untuk stay kat Kuta sebab ktorang nak cover another attraction kat Lombok ni iaitu Tanjung Aan. Kat sini  banyak attarction seperti Batu Payung dan Bukit Merese. Lepas breakfast terus gerak untuk menikmati hari-hari terakhir disini. nasebla flight pukul 7 petang. 


Ni la Tanjung Aan. Unfortunately hujan pagi tu. So korang kalau nak pergi tu tengokla weather chart okay. hehe. Berbentuk "C". Kalau korang nak tengok maps, klik Tanjung Aan 

Kalau sampai je kat Pantai Aan ni, korang akan nampak ada bukit yang boleh panjat. Dari situ korang boleh dapat view macam ni. Aku rasa kalau musim panas konfem lagi cantik konfem jugak ramai orang hehe. Next dari sini kita akan naik boat kayu menuju keBatu Payung.

Ni la bukit yang korang boleh daki tu.

Nak menuju ke Batu Payung ni bukan senang ye. Jalan licin yang amat. Be careful okay. Ni Batu Penyu. Ada iras-iras tak?hehe

Dari jauh ni la ropenya Batu Payung tu. Memang kecikkkkk je sebenarnya. Tapi dari pelbagai sudut sometimes batu ni nampak besar. 

Memang unik. Yang ni la dikatakan payung. Memang orang boleh duduk bawah batu ni. Dalam gambar barula nampak besar.haha. Masa ni ktorang ditemani beberapa anak-anak tempatan yang ponteng sekolah hari tu disebabkan oleh hujan. Baik diorang ni. 

Dari sudut ni pulak, kita boleh nampak iras dan raut wajah seorang manusia. Memang terbaikla! Ktorang habiskan masa disini hampir 1 jam sebelom menuju ke next location

Haa belkang tu Tanjung/Pantai Aan. Dari Batu Payung, menaiki boat yang sama terus ke Bukit Merese. Dalam banyak-banyak tempat, yang ni la aku paling excited sekali. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe sebab scroll  kat ig banyak gambar-gambar yang cantik kat sini. Apa yang korang perlu buat?

Yes! Korang perlu mendaki dari bawah untuk naik ke puncak ni. Wondering how can all these cow/buffalo climb up this hill? Tak payah lawa-lawa sebab korang akan berpeluh nanti. So pakaila seluar beinashu hehe

Separuh jalan, separuh mati hehe.

Allah Maha Besar, cantiknya tak terkata. Indahnya ciptaanmu.

Wearing my favourite pants from beinashu in maroon colour. View from other side. Kalau diberi masa untuk stay atas ni, aku rasa sehari pun tak cukup. 

Kalau boleh nak jalan dari hujung ke hujung. Aha memang cantik kalau korang nak buat video klip atas Bukit Merese ni. Terbaik!

Leaving Merese Hills to Pantai Mawun by our MPV. Perjalanan tak lama pun actually. Tapi disebabkan kondisi jalan yang tak berapa okay, turun naik bukit so dalam 30 minit la. Pantai Mawun pun macam Tanjung Aan jugak. Membentuk seperti teluk dimana ombaknya tidak begitu besar tapi kena hati-hati kerana dalam. Ktorang tak mandi pun. Just tengok je sebab unik. Boleh klik sini kalau nak tengok maps. 

Pantai Mawun, Lombok Tengah

Meneruskan perjalan atau ke destinasi terakhir sebelum ke airport. Cadangnya ke sasak untuk membeli buah tangan, namun tidak berapa menepati citarasa. 

Mendengar sedikit sebanyak penjelesan dari orang asli/asal kampung ini dan seterusnya berjalan disekitar sini.

Penjualan batik disini agak lumayan/mahal. Cuci mata je la hehe

Meneruskan perjalanan ke Sasaku untuk membeli sedikit cenderamata walapun agak kemahalan. Aku rasa tu je la yang dapat aku abadikan untuk entry kali ni. Aku tak sanggup nak sambung lagi sebab tak tahu bila nak siap entry Lombok ni.haha

Dear Rinjani, agak-agak kita dapat jumpa tak?

So sebarang pertanyaan boleh direct tanya, jangan memalu. Bagi aku Lombok ni salah satu tempat yang selamat untuk korang travel. Diorang baik dan peramah. Kes culik bawa lari ke Lombok tu, salah siapa agak-agak? 

Tradisi di Lombok, si teruna dan si dara memang sedang hangat bercinta, si teruna akan menculik si dara idamanya dan akan ditempatkan di rumah saudara si lelaki bukan direct di rumah family si lelaki tu. Sehari setelah diculik, keluarga si dara akan dimaklumkan dan dari situlah kedua-dua belah pihak akan berjumpa dan berbincang. Tradisi ni masih dijaga sehingga hari ini. Begitulah serba sedikit tradisi yang aku dengar dari orang sini. Agak-agak si dara kat sini memang diculik atau rela diculik?hahaha

Till then,

See u guys on my next sweet escape to Singapore!

Assalamualaikum:)




"All good things are wild and free"

Lombok, Indonesia