Friday, 15 January 2016

End Year Trip 2015 - Hangzhou, China (Part I)

Assalamualaikum. Hai semua!


Lama da aku tak jenguk blog ni. Bukan senang nak menaip kalau lepas balik cuti panjang. Kerja kat office tu menggunung tinggi menunggu. Tapi macam mana pun aku akan curi-curi masa jugak.Tak expect pun dapat pergi hujung tahun haritu sebab semuanya last minit. Dengan busy kat office, mak ayah pun sibuk dengan wedding kakak, tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. So lets start the journey..



Antara bekal yang aku bawak. Pelbagai jenis Brahim untuk 5 orang. Tapi tak habis pun. Sambal hitam my favourite. Tu la kedai yang jual Brahim. Kecik je. Alamat as follow:-

Dewina Food Industries Sdn Bhd

Lot 9 & 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Jalan P/9b, Kawasan Perindustrian Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


China. Well previous entry pun aku da cakap pasal visa kan. Satu family aku pergi kecuali pengantin barulah hehe. Flight dibook 2 bulan sebelum dan semua urusan hotel dan aktiviti atas persetujuan bersama (aku + ayah). Harap adik-adik aku memang tak la.Mom as usual my sweet banker.HAHA! Ktorang decide tak ambil mana-mana agent sebab mahal dan tidak menepati citarasa kot.


Without Oun.

Wednesday, 18 November 2015

Permohonan Visa ke China

Assalamualaikum dan hai!

Aku baru je settle buat visa. Sekarang aku kena tunggu untuk collection sahaja.  Insyaallah aku akan menjejak kaki ke China buat pertama kalinya bulan depan dengan family. Kira end year trip untuk 2015. Penutup untuk tahun ni. Alhamdulillah. Thanks kepada mak ayah yang sedaya upaya untuk menggembirakan aku dan adik2. Adik-adik aku beruntung muda-muda dah diberi kesenangan. Kalau tak appreciate aku tak tahu la nak kata pa dah huhu.

Nak masuk China ni kena ada visa ye. Macam mana nak buat visa ni? Aku suggestkan korang bersusah la dulu sebelum bersenang kemudian. Dimana kalau boleh buat sendiri korang usahakanlah sebab kalau agent yang buat konfem diorang akan markup sampai 50%. Serius tak tipu! 

Yang pasti korang kena refer kat laman web "visaforchina". Dan aku rasa better korang bukak guna Internet Explorer. Banyak membantu aku untuk setelkan visa ni. Semua info updated and anything korang boleh terus direct call je.:)

Friday, 30 October 2015

Pulau Besar, Johor Bharu

Asslamualaikum & Hai!


Serius sebulan dah berlalu baru ada masa nak update entry ni. Soo macam mana dengan Boracay? Berapa bintang agak-agak nak bagi?ke dah ada yang survey tiket?hehe. Phillipines ada banyak lagi island yang cantik. Insyaallah ada rezeki lain aku nak berenang dengan whale shark pulak. So alhamdulilah kali ni diberi rezeki untuk merehatkan minda bersama family pulak. Tak jauh pun aku pergi, Johor je.

Sepertimana yang menjadi viral dan sensasi di instagram, fb, BBM dan sebaginya, Pulau Harimau, Mensirip dan Gaul menjadi tarikan aku untuk trip kali ni. Aku amik pakej dengan Khadija ni. Boleh direct contact (013.348.5171). Aku dapat pun lepas scroll #pulauharimau kat ig. Bersepah orang tawarkan pakej 3 pulau ni. Tapi dengan Khadija ni aku rasa harga berpatutan dari yang lain. 

Dengan tidak semena-mena, 2 hari sebelum aku bertolak viral lagi mengatakan 3 pulau ni tak boleh masuk dah atas sebab pencerobohan rumah api. Tapi ada jugak kata satu manusia ni dah bawak basikal naik ke puncak. Haaaa, ni lah yang dikatakan kerana "nila setitik rosak susu sebelanga". So terpaksa move on dengan plan B. Pada mulanya aku amik pakej 3h2m tapi disebabkan hal tersebut khadija offer 2h1m dimana bermalam di chalet Pulau Besar. Pakej aku amik ni RM210/pax all in.

Lets start the journey:)


Ini bukanlah main jetty ye. Naseb jugakla abg-abg ni baik. Diorang ambil ktorang kat jetty lain untuk elak ktorang dari kena pelbagai jenis fees. Bak kata Abg Riki dalam RM50/pax jugaklah fees ni. Macam Boracay la, terminal fee,environmental fee etc. So better korang take note benda-benda macam ni k!

Saturday, 3 October 2015

Trip 2015 - Boracay Island,Philippines (Part II)

Assalamualaikum, Hai!

Mesti korang tertunggu-tunggu entry hari ni kan? Maaf kalau ada buat yang ternanti-nanti. Ni pun aku kena curi masa lunch hour kat ofis.haha! Aku akan habiskan dalam entry ni jugak.So jangan mengantuk okay? Now, aku akan sambung kisah trip aku sepanjang berada kat sana. Kalau boleh setiap inci dan sudut aku nak kongsikan dengan korang. Mana tahu jadi sumber inspirasi untuk honeymoon ke?hehe.

Hari ke-3 di Boracay, ktorang berpindah ke hotel lain yang terletak di antara Station 2 & 3. Ktorang memang rancang untuk berpindah randah. Tujuannya saja nak tengok perbezaan antara station-station ni. 

Tada!Blue Marina Resort. Rate kat sini agak lumayan jugak. So kalau nak g make sure masa low season.kihkih

Tuesday, 15 September 2015

Trip 2015 - Boracay Island,Philippines (Part I)

Assalamualaikum, Hai!


Last aku berjalan ialah sebelum puasa ritu. Around bulan 6. Aku update entry baru bila ade travel kemana-mana sahaja. So memang berkaratla penulisan aku. Untuk trip kali ni akan ada part 2,3 dan sebagainya. So lets start the journey..Alkisahnya tiket ni telah dibook 10 bulan awal, masa AA tengah buat free seats. Duk pikir manala nak pergi eh, Bali ke Lombok ke Boracay?

 #ceritaholidayput3 #syukurselalu. 
Thanks to AA,now everyone can fly!

Thursday, 10 September 2015

Teluk Batik, Aku Datang!

Hai, Assalamualaikum semua!

Aku memang jarang menulis.Kewujudan blog ni hanyalah menjadi tempat penulisan kemana sahaja aku berjalan.Sebagai kenang-kenangan.hehe. Kali ni aku tak pergi jauh pun.Tempat ni boleh kira hampir 5-6 tahun dah tak jenguk. Tak ingat bila last datang ke Teluk Batik ni. 

Perjalanan memakan masa hampir 1 jam setengah dari bandar Ipoh.Disebabkan rasa macam dah lama tak berendam dalam air laut, excitednya lain macam.Ktorang plan nak stay di chalet yang berdekatan dengan pantai.Trip kali ni pun main redah je sebab dihujung minggu sebelum sesi persekolahan mak dan adik bermula, so konfemla orang tak nak berjalan da kan.huhu. 

Sampai je terus walk in di Chalet Impian. Sebelum datang aku da survey da dekat banyak blog untuk tahu chalet ape dan ramai yang recommend Chalet Impian ni. 

 Chalet Impian. Boleh contact Pn Siti, 019.579.3907 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Thursday, 18 June 2015

Sehari di Putrajaya

Assalamualaikum. Hai!

Sempena Hari Pekerja 2015 aritu parents aku datang KL. So tak payah la aku bersesak-sesak jem nak balik Ipoh. Tapi tu la duk pikir kat KL ni mana la tempat yang best nak bawak diorang jalan. Malas nak keluar KL sebab tahu mesti jem. 

Tiba-tiba mak cadangkan Putrajaya. Haa so apa lagi terus la decide pergi sana. Aku sendiri pun tak penah jalan-jalan kat sana.HAHA! 


S.I.S.T.A.R.  kecuali yang cekak pinggang tu la. Haha! Ayah masih berada di Ipoh lagi masa ni. So dia tak dapat join trip separuh hari ni.