Friday, 30 October 2015

Pulau Besar, Johor Bharu

Asslamualaikum & Hai!


Serius sebulan dah berlalu baru ada masa nak update entry ni. Soo macam mana dengan Boracay? Berapa bintang agak-agak nak bagi?ke dah ada yang survey tiket?hehe. Phillipines ada banyak lagi island yang cantik. Insyaallah ada rezeki lain aku nak berenang dengan whale shark pulak. So alhamdulilah kali ni diberi rezeki untuk merehatkan minda bersama family pulak. Tak jauh pun aku pergi, Johor je.

Sepertimana yang menjadi viral dan sensasi di instagram, fb, BBM dan sebaginya, Pulau Harimau, Mensirip dan Gaul menjadi tarikan aku untuk trip kali ni. Aku amik pakej dengan Khadija ni. Boleh direct contact (013.348.5171). Aku dapat pun lepas scroll #pulauharimau kat ig. Bersepah orang tawarkan pakej 3 pulau ni. Tapi dengan Khadija ni aku rasa harga berpatutan dari yang lain. 

Dengan tidak semena-mena, 2 hari sebelum aku bertolak viral lagi mengatakan 3 pulau ni tak boleh masuk dah atas sebab pencerobohan rumah api. Tapi ada jugak kata satu manusia ni dah bawak basikal naik ke puncak. Haaaa, ni lah yang dikatakan kerana "nila setitik rosak susu sebelanga". So terpaksa move on dengan plan B. Pada mulanya aku amik pakej 3h2m tapi disebabkan hal tersebut khadija offer 2h1m dimana bermalam di chalet Pulau Besar. Pakej aku amik ni RM210/pax all in.

Lets start the journey:)


Ini bukanlah main jetty ye. Naseb jugakla abg-abg ni baik. Diorang ambil ktorang kat jetty lain untuk elak ktorang dari kena pelbagai jenis fees. Bak kata Abg Riki dalam RM50/pax jugaklah fees ni. Macam Boracay la, terminal fee,environmental fee etc. So better korang take note benda-benda macam ni k!

Saturday, 3 October 2015

Trip 2015 - Boracay Island,Philippines (Part II)

Assalamualaikum, Hai!

Mesti korang tertunggu-tunggu entry hari ni kan? Maaf kalau ada buat yang ternanti-nanti. Ni pun aku kena curi masa lunch hour kat ofis.haha! Aku akan habiskan dalam entry ni jugak.So jangan mengantuk okay? Now, aku akan sambung kisah trip aku sepanjang berada kat sana. Kalau boleh setiap inci dan sudut aku nak kongsikan dengan korang. Mana tahu jadi sumber inspirasi untuk honeymoon ke?hehe.

Hari ke-3 di Boracay, ktorang berpindah ke hotel lain yang terletak di antara Station 2 & 3. Ktorang memang rancang untuk berpindah randah. Tujuannya saja nak tengok perbezaan antara station-station ni. 

Tada!Blue Marina Resort. Rate kat sini agak lumayan jugak. So kalau nak g make sure masa low season.kihkih

Tuesday, 15 September 2015

Trip 2015 - Boracay Island,Philippines (Part I)

Assalamualaikum, Hai!


Last aku berjalan ialah sebelum puasa ritu. Around bulan 6. Aku update entry baru bila ade travel kemana-mana sahaja. So memang berkaratla penulisan aku. Untuk trip kali ni akan ada part 2,3 dan sebagainya. So lets start the journey..Alkisahnya tiket ni telah dibook 10 bulan awal, masa AA tengah buat free seats. Duk pikir manala nak pergi eh, Bali ke Lombok ke Boracay?

 #ceritaholidayput3 #syukurselalu. 
Thanks to AA,now everyone can fly!

Thursday, 10 September 2015

Teluk Batik, Aku Datang!

Hai, Assalamualaikum semua!

Aku memang jarang menulis.Kewujudan blog ni hanyalah menjadi tempat penulisan kemana sahaja aku berjalan.Sebagai kenang-kenangan.hehe. Kali ni aku tak pergi jauh pun.Tempat ni boleh kira hampir 5-6 tahun dah tak jenguk. Tak ingat bila last datang ke Teluk Batik ni. 

Perjalanan memakan masa hampir 1 jam setengah dari bandar Ipoh.Disebabkan rasa macam dah lama tak berendam dalam air laut, excitednya lain macam.Ktorang plan nak stay di chalet yang berdekatan dengan pantai.Trip kali ni pun main redah je sebab dihujung minggu sebelum sesi persekolahan mak dan adik bermula, so konfemla orang tak nak berjalan da kan.huhu. 

Sampai je terus walk in di Chalet Impian. Sebelum datang aku da survey da dekat banyak blog untuk tahu chalet ape dan ramai yang recommend Chalet Impian ni. 

 Chalet Impian. Boleh contact Pn Siti, 019.579.3907 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Thursday, 18 June 2015

Sehari di Putrajaya

Assalamualaikum. Hai!

Sempena Hari Pekerja 2015 aritu parents aku datang KL. So tak payah la aku bersesak-sesak jem nak balik Ipoh. Tapi tu la duk pikir kat KL ni mana la tempat yang best nak bawak diorang jalan. Malas nak keluar KL sebab tahu mesti jem. 

Tiba-tiba mak cadangkan Putrajaya. Haa so apa lagi terus la decide pergi sana. Aku sendiri pun tak penah jalan-jalan kat sana.HAHA! 


S.I.S.T.A.R.  kecuali yang cekak pinggang tu la. Haha! Ayah masih berada di Ipoh lagi masa ni. So dia tak dapat join trip separuh hari ni.

Monday, 25 May 2015

Mid Year Trip 2015 - Yogyakarta (Part II)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah seminggu barulah ada mood balik untuk menaip. Kalau lama tak bukak memang la malas nak menaip.huhu. So aku kembali untuk menyambung cerita tentang trip aku ke Jogja. 

Untuk hari kedua, aku n Fyfy decide untuk amik pakej bersama "Nomad Tours" untuk cover Candi Borobudur, Gunung Merapi dan Candi Prambanan. Tour ni pun ktorang cari kat sana, area Jalan Malioboro. Reasons sebab apa aku amik tour ni ialah dari segi faktor jarak yang jauh dan tidak tahu selok belok untuk ke destinasi kali ini. Plus kos untuk tour ni merangkumi driver, minyak dan parking dengan hanya IDR150,000 atau lebih kurang MYR40++ untuk trip one full day (10 hours). Dalam satu Avanza aku, Fyfy dan 2 orang lagi mat saleh. So selesa dan tak payah bersempit-sempit.hee

Destinasi pertama ktorang ialah Candi Borobudur. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam. Ktorang dioffer untuk amik pakej masuk ke Candi Borobudur dan Candi Prambanan dengan harga IDR 375,000 berbanding beli secara berasingan. Perbezaan yang ketara diantara pelancong asing dan penduduk tempatan. Tiket masuk untuk penduduk tempatan cuma berharga IDR30,000. Jangan mimpi untuk menipu sebab masa entrance nanti diorang akan mintak kad ID. Masak korang masa tu.HAHA!

Ktorang diberi masa 2 jam untuk di dalam candi ni.Jom layan gamba..

 Sekitar taman yang ada di dalam kawasan Candi Borobudur. Luas. 

Thursday, 7 May 2015

Mid Year Trip 2015 - Yogyakarta,Indonesia (Part I)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..


Lama dah aku tak menaip sebab tak berjalan ke mana kan. Balik-balik kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.huhu. Tiba-tiba bulan 3 aritu AirAsiaGo ada promotion. Rezeki pulak sebab ada bonus bulan tu. So terus decide nak pergi Indonesia sebab tak pernah jejak negara jiran satu ni. 


Dalam fikiran aku masih lagi berlegar-legar which part of Indon yang aku nak pergi?
.
.
.

Ting!!                                           Yogyakarta.